NEW YORK, 30 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Olight, penginovasi bertaraf global bagi pencahayaan mudah alih, melancarkan ArkPro Series sempena O-Fan Day tahunan kali ketujuh. Siri ini — ArkPro, ArkPro Ultra dan ArkPro Lite — membawakan reka bentuk badan rata yang rapi dengan ciri keserbagunaan berbilang alatan dan inovasi yang pertama dalam industri, seterusnya menetapkan standard baharu untuk pencahayaan bawaan harian. Ia akan diperkenalkan buat julung kalinya di Eropah sempena IFA Berlin 2025 bagi mempamerkan inovasi pencahayaan Olight di seluruh dunia.

Fikirkan Semula Cahaya: 4 Sumber, Keserbagunaan Tidak Berkesudahan
Lampu suluh EDC 4-dalam-1 yang unggul, ArkPro membawakan Pure Flood, lampu tumpu, UV dan laser hijau. Ia memberikan sehingga tujuh mod pencahayaan, lalu mentakrifkan semula pencahayaan pegang dengan ciri keserbagunaan yang tiada tandingan untuk bekerja, bermain, gaya hidup dan juga pemberian hadiah.
Antara inovasi paling rintis daripada ArkPro Series ialah Pure Flood, iaitu konsep pencahayaan yang dipelopori oleh Olight dan yang pertama dalam industri ini. Tidak seperti pancaran konvensional dengan kawasan panas yang menyilaukan atau bahagian tepi yang kasar, Pure Flood memberikan limpahan cahaya yang lancar dan tanpa sempadan yang terasa semula jadi seperti cahaya siang dan amat sesuai untuk perkhemahan, ruang kerja atau penerokaan bandar. Lancar dan imersif — anda mungkin terlupa yang anda memegang lampu suluh.
ArkPro Ultra memperkenalkan peningkatan eksklusif dengan EIP 1 LED Olight yang dibangunkan sendiri, memberikan cahaya bersih dengan Duv di bawah 0.006 pada semua tahap kecerahan. Dengan kecekapan 134 lm/W — 10% lebih tinggi berbanding LED output tinggi yang lain — ia menetapkan penanda aras yang baharu untuk prestasi pencahayaan EDC.
Bayangkan Semula Gaya: Reka Bentuk Inovatif dan Produk Tarikan Boleh Kumpul
Lampu suluh Olight sudah lama menukar utiliti menjadi keindahan seni dan ArkPro Series memajukan ciri ini dengan kemasan Grafit Perak dwiton yang pertama dalam industri pada reka bentuk aluminium yang rata dan unibody — lancar, teguh dan cekap haba.
Seni reka perindustrian bertaraf dunia mencakupi setiap perincian: ArkPro Series membawakan penunjuk gores laser yang jitu dan pemilih berputar yang lancar, manakala penunjuk LED dwiwarna berliang mikro menetapkan penanda aras baharu untuk estetik fungsian.
ArkPro Ultra meningkatkan reka bentuk kepada pengalaman yang dinamik dengan ArkBeat, cahaya denyut-kelip lembut yang bertukar warna dari semasa ke semasa, mengubah alat berprestasi tinggi menjadi pendamping hidup yang boleh dikumpul. Ringan, elegan dan diperibadikan, menjadikannya pilihan yang menonjol untuk penggemar EDC dan sebagai hadiah yang sempurna.
Keserbagunaan Harian: Prestasi Memenuhi Gaya Hidup
“ArkPro Series menetapkan standard baharu untuk pencahayaan pegang, menggabungkan fotonik termaju dengan bahan gred-aeroangkasa serta reka bentuk yang rapi,” kata Mavis Xiao, Ketua Pegawai Pemasaran Olight. “Bermula dengan kebebasan di kawasan luar hinggalah keyakinan bandar, ArkPro adalah lebih daripada sekadar alat — ia merupakan teman yang menerangi setiap perjalanan. Setiap pancaran memberikan lebih daripada cahaya — ia membawa imaginasi, gaya serta menginspirasikan cara hidup yang baharu.”