SINGAPURA, 12 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Platform perdagangan tukaran mata wang asing (forex) global yang memenangi anugerah weltrade.com dengan bangganya mengumumkan duta jenama baharunya: bintang bola sepak antarabangsa FC Bayern Munich, Luis Díaz.
Kolaborasi ini menyaksikan pelancaran kempen baharu yang berani oleh syarikat ini, “Lebih Pantas, Lebih Baik, Lebih Kuat” yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada generasi baharu pedagang forex.

Kempen ini menggambarkan nilai-nilai yang dikongsi bersama antara Luis Díaz dan Weltrade—kepantasan, kebingkasan, ketepatan dan cita-cita. Menerusi pelancaran yang dinamik melalui platform digital, inisiatif ini menyatukan dunia sukan elit dengan perdagangan yang berprestasi tinggi.
Melalui penceritaan, Díaz akan menjayakan misi Weltrade, seterusnya membantu pengguna di seluruh Asia berdagang dengan keyakinan dan momentum yang lebih tinggi.
“Kelajuan dan ketepatan adalah segala-galanya—di padang mahupun dalam kehidupan,” kata Luis Díaz. “Saya berasa bangga dapat bekerjasama dengan Weltrade untuk memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh Asia untuk mengambil tanggungjawab dan berdagang dengan tujuan. Kita akan bersama-sama menjadi lebih pantas, lebih baik, lebih kuat.”
Identiti visual kempen ini bertunjangkan pergerakan dan intensiti, memanfaatkan keolahragaan Díaz dan reputasi Weltrade terhadap pelaksanaan sepantas kilat. Perkongsian ini bukan sahaja memantapkan kehadiran serantau jenama ini tetapi turut mempererat hubungannya dengan komuniti pedagang Asia yang berkembang pesat.
“Luis merangkumkan semangat kebingkasan, ketepatan dan cita-cita—iaitu nilai-nilai yang menjadi teras kepada misi kami di Weltrade,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Weltrade, Ilya Ilyasov. “Perkongsian ini menandakan era keterlibatan dinamik yang baharu dan kami berasa teruja dengan kehadirannya yang dapat memperjuangkan perjalanan kami menuju ke hadapan.”
Kempen “Lebih Pantas, Lebih Baik, Lebih Kuat” akan diperkenalkan buat julung kalinya bulan ini melalui saluran digital dan media serantau Weltrade, termasuk rakaman di belakang tabir yang eksklusif dan tawaran masa terhad untuk pengguna yang berpangkalan di Asia.