23 November 2022 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) telah selesai melaksanakan ujian kawalan doping bagi Temasya SUKMA XX, MSN 2022 pada 16 – 24 September 2022 dengan pengambilan sebanyak 252 sampel. Daripada kesemua sampel tersebut, satu (1) keputusan berada dalam penyiasatan ADAMAS.
\”Keseluruhan sampel urin atlet ini telah dihantar ke Makmal Anti-Doping Doha, Qatar (Anti-Doping Lab Qatar – ADLQ), sebuah makmal yang diiktiraf oleh World Anti-Doping Agency (WADA) bagi tujuan analisis dan penilaian modul Steroidal
Passport, Athlete Biological Passport (ABP).
Kesemua sampel ini telah dikendalikan selaras dengan peruntukan yang terkandung dalam Peraturan Anti-Doping ADAMAS 2021 yang mana hak atlet telah diberi keutamaan semasa pengujian kawalan doping dilaksanakan.\” kata KBS dalam satu kenyataan hari ini.
Kata KBS, sebanyak 251 analisis sampel atlet adalah negatif kecuali satu (1) keputusan Atypical Finding (ATF) yang berada dalam penyiasatan ADAMAS bersama makmal yang bertanggungjawab.
- Anwar Ibrahim: Kerajaan MADANI Salurkan Lebih RM17 Bilion untuk Hak Sabah, Hentikan ‘Perdagangan Hak’
- Dua Pasar Raya Sabah Sertai Inisiatif PriceCatcher, KPDN Gesakan Penebusan Baucar PTV 3.0
- Datuk Chan Foong Hin Rasmi Program Persembahan Kebudayaan Etnik Bajau di Pulau Gaya
- Persidangan Ejen Pelancongan Antarabangsa Chongqing 2025 “Nihao! Chongqing” Bermula
- Whispers of Fate: Migu Video Takrif Semula Estetika Seni Bela Diri Fantasi dengan “Palet Oriental”