− Kamera dan lensa Fujifilm bernilai RM7,000 menjadi hadiah utama untuk pertandingan fotografi Volkswagen Shutter Stories yang julung kali dianjurkan
− Penyertaan-penyertaan ini berjaya mengabadikan semangat Malaysia dengan penuh keindahan – Pengembaraan, Warna-warni, Cinta, Kehidupan dan banyak lagi
KUALA LUMPUR – Daripada kisah cinta di jalan terbuka hinggalah letusan warna dalam kehidupan seharian, rakyat Malaysia membuktikan minat dan kemahiran mereka menerusi edisi pertama pertandingan fotografi Volkswagen Shutter Stories, satu inisiatif Volkswagen Passenger Cars Malaysia dan dikuasakan oleh Fujifilm Malaysia.

Pemenang Hadiah Utama, Hasanul Asyraf bin Hanafi, 35 tahun membawa pulang sebuah kamera dan lensa Fujifilm bernilai RM7,000. Beliau juga berpeluang mengikuti program bimbingan bersama jurufoto profesional Aaron Lee dan kontrak sebagai jurufoto VPCM selama setahun. Pendedahan dan pengalaman ini dirangka khas untuk mengasah bakat fotografinya terutama dalam bidang fotografi automotif.
Sementara itu, pemenang hadiah kedua, Kelvin Ooi, 23, menerima sebuah kamera Fujifilm instax Mini 99 terkini lengkap dengan filem bernilai RM1,200.
Pemenang tempat ketiga, Neeventhaa Perabagaran, seorang pelajar Universiti Multimedia Malaysia (MMU) berusia 19 tahun pula membawa pulang sebuah Fujifilm instax Pal bernilai RM588 serta barangan eksklusif Volkswagen.
“Volkswagen bukan sekadar kereta, tetapi ia adalah tentang perhubungan, karekter dan meraikan setiap perjalanan serta membina ikatan sepanjang hayat. Jenama ini sememangnya berada di tempat yang Istimewa dalam hati ramai orang. Bukan sahaja dalam kalangan pemilik setia kenderaan kami, malah oleh mereka yang turut berkongsi keseronokan, gaya dan identiti tersendiri yang menjiwai setiap kereta Volkswagen,” kata Pengurus Jenama Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), Charles Lim.
“Pertandingan fotografi ini adalah cara terbaik untuk meraikan hubungan itu dengan menghargai rasa cinta, keindahan dan semangat pengembaraan sambil berkongsi dunia anda bersama kami. Jalanan, warna-warni, wajah wajah dan denyut nadi Malaysia semuanya kami dapat lihat menerusi lensa mereka. Setiap satunya benar-benar memukau kami,” kata Charles lagi.
“Kami sangat teruja kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Volkswagen Malaysia dalam menganjurkan pertandingan fotografi Volkswagen Shutter Stories. Kerjasama ini menyatukan semangat terhadap aspek inovasi, kreativiti dan kecemerlangan. Di Fujifilm, kami percaya kepada keupayaan fotografi dalam menyampaikan kisah yang memberi inspirasi. Kami dapat melihat bagaimana para peserta mentafsir intipati Volkswagen dengan penuh kreativiti dan perspektif mereka yang unik,” kata Pengurus Kanan Jualan dan Pemasaran Bahagian Pengimejan Elektronik & Instax Fujifilm Malaysia, Thomas Kwan.
Pertandingan VW Shutter Stories menjemput rakyat dan penduduk Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas untuk berkongsi foto-foto terbaik mereka berdasarkan kepada lima tema utama: VW Love, VW Adventure, VW People, VW Motion dan VW Life & Colours. Dua daripada lima foto itu perlu memaparkan model Volkswagen. Lebih 30 penyertaan telah diterima di akhir pertandingan tersebut.