TUMI Perkenal Koleksi Fall 2025 Yang Berjiwa Urban Dan Penuh Warna

7

HONG KONG SAR – Media OutReach Newswire – 8 Julia 2025 – TUMI, jenama antarabangsa terkemuka dalam dunia travel, gaya hidup dan aksesori, mempersembahkan koleksi Fall 2025 yang dipenuhi semangat kota yang tidak pernah tidur: New York. Koleksi musim ini bukan sekadar seleksi baharu—ia adalah penghormatan kepada warisan 50 tahun jenama yang mendefinisikan inovasi dan prestasi unggul. Fall 2025 meraikan semangat para pencetus gerakan, penggiat kreatif dan warga kota yang menjadi nadi kepada rimba konkrit, dengan rekaan yang seteguh dan pelbagai latar bandaraya tersebut.

Musim ini, cetakan grafik ikonik yang diinspirasikan daripada wild postings di jalanan kota menjadi sorotan utama. Beberapa pilihan dari koleksi Alpha, Alpha Bravo dan Voyageur diolah dalam Poster Print, grafik poster koyak yang menggambarkan lapisan sejarah sebagai asas kepada inovasi masa depan.

Koleksi Alpha Bravo, sinonim dengan rekaan serbaguna berprestasi tinggi, tampil lebih segar dengan rona teras baharu: Navy Coated Canvas—interpretasi moden dan mewah kepada rona hitam klasik. Musim ini turut memperkenalkan warna bermusim seperti Pavement dan Electric Blue, diinspirasikan dari landskap seni bina bandaraya, di samping gaya baharu sedia-bergerak seperti Surveillance Flap Backpack dan Roadstead Messenger.

(Dari Kiri ke Kanan): Alpha International Expandable Front Lid 4-Wheeled Carry-On, Brief Pack in Poster Print, Alpha Bravo Search Backpack in Electric Blue, Arrivé Hannover Slim Brief dalam warna Black

Koleksi lelaki diberi suntikan baharu dengan rekaan mewah koleksi Arrivé yang diinspirasikan dari dunia automotif, kini tampil dengan aksen gentian karbon dan magnetic zipper garages yang senyap. Tumpuan utama ialah Arrivé Large Backpack yang diperbaharui dengan sentuhan moden dan fungsi premium. Padanan sempurna untuk gaya profesional pula hadir menerusi Arrivé Hannover Slim Brief yang ringkas namun berprestij. Sementara itu, koleksi Harrison tampil lebih pelbagai dengan gaya baharu seperti Griffen Flap Backpack serta rona baharu Burnished Wine Ombre—teknik gradasi yang menyerlahkan keunikan tekstur kulit whole-grain.

Diilhamkan oleh seni jalanan graffiti, gaya ikonik Just In Case® tampil semula dengan corak spray paint dramatik. Tote khas ini kini hadir dalam tiga saiz baharu—memudahkan setiap pengembara bergaya. Warna-warna musim ini untuk koleksi Voyageur seperti Celina Backpack termasuk Mink, TUMI Red, dan Wine, menyerlahkan fleksibiliti bergaya buat wanita dinamik.

(Dari Kiri ke Kanan): Voyageur Just In Case® Tote dalam warna Electric Blue Spray Paint, Celina Backpack dalam warna Mink, Olas Small Shoulder Bag dalam warna Oat and Agent Medium Tote dalam warna Sienna

Dicipta dengan penuh keanggunan, koleksi baharu Olas dan Agent memperluas rangkaian TUMI buat wanita moden. Olas memeluk nilai minimalisme dengan bentuk lembut dan garis bersih dalam siluet esensial seperti Shoulder Bag kecil dan sederhana. Agent pula diperbuat daripada kulit ringan dengan perincian logam kemas—menggabungkan fesyen dan fungsi dalam setiap butiran.

Koleksi ikonik 19 Degree kembali dengan warna-warna bermusim yang menangkap aura elegan taman bandar di musim luruh. 19 Degree Lite menampilkan rona mendalam Wine dan Pavement, membangkitkan suasana dedaunan dan laluan batu. Warna Moonrock pula menghiasi 19 Degree Polycarbonate, membawa nuansa tenang ke seluruh koleksi.

(Dari Kiri ke Kanan): 19 Degree Lite International 4-Wheeled Carry-On dalam warna Wine and Pavement, 19 Degree Aluminum International Carry-On dalam warna Black/Red dan 19 Degree Aluminum Bar Set

Kemunculan terbaharu dalam 19 Degree Aluminum—set bar mewah yang cukup memukau. 19 Degree Aluminum Bar Set ini merangkumi segalanya untuk mencipta minuman sempurna, lengkap dengan kad resepi koktail eksklusif TUMI. Dikemas indah dalam bekas aluminium dengan garis kontur ikonik, ini adalah aksesori gaya hidup unggul untuk penggemar TUMI sejati.

Sebagai pelengkap ulang tahun ke-50 TUMI, koleksi istimewa travel, gaya hidup dan aksesori tampil dengan warna ikonik TUMI Red Pantone sebagai sentuhan penuh gaya dan simbolik.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp