Satu lagi Acara Dibarisi Bintang Terkenal di Hengqin Gamit Perhatian Global

30

Pertandingan Mozart untuk Pemuzik Muda Antarabangsa Hengqin 2025 Labuh Tirai Dengan Jayanya

MACAU dan ZHUHAI, China, 13 Oktober 2025 /PRNewswire/ — Pertandingan Mozart untuk Pemuzik Muda Antarabangsa Hengqin 2025 berakhir dengan kejayaan yang cukup hebat pada 21 September 2025, bertempat di Hengqin Culture & Art Complex yang menandakan tamatnya perjalanan bersama muzik selama 13 hari. Pertandingan pada tahun ini menarik minat beratus-ratus pemuzik muda dari 23 negara dan wilayah untuk mendaftar, dengan 75 calon – jumlah terbesar dalam sejarah pertandingan ini – bersaing di atas pentas. Sepanjang dekad yang lalu, Pertandingan Mozart untuk Pemuzik Muda Antarabangsa berkembang menjadi lambang budaya yang unggul di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dan berperanan sebagai pertandingan muzik belia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa yang berkaliber tertinggi bagi memupuk komunikasi antara China dan dunia sekali gus membuka potensi yang baharu untuk pembangunan perniagaan muzik.

Pertandingan ini, diadili oleh panel terkemuka yang terdiri daripada barisan artis dan pendidik bertaraf dunia, memfokuskan pada biola bagi tahun ini dalam tiga kategori mengikut umur. Walaupun pertandingan ini menumpukan pada muzik oleh Mozart, repertoire turut melibatkan karya-karya oleh Bach, Paganini, antara lain, di samping program khusus dengan karya-karya Cina. Keseimbangan antara tradisi dan inovasi ini bukan sahaja menguji kemahiran teknikal bahkan turut mencabar ekspresi artistik calon-calonnya. Pada akhirnya, 11 pemenang dipilih dalam tiga kategori.

Konsert Penutup menghimpunkan Salzburg Chamber Soloists dan empat pemenang hadiah yang membawakan persembahan malam yang terang-benderang dan menggabungkan karya klasik Mozart dengan karya agung Cina, sehinggakan mendapat sanjungan tinggi daripada penonton. Selain pertandingan ini, sedozen acara silang telahpun diadakan di Hengqin dan Macau yang menarik minat beribu-ribu peserta, lalu memantapkan pendidikan estetik untuk golongan muda dan juga integrasi budaya serantau. Tatkala tirai dilabuhkan, harapan sudah mula dirasakan bagi Pertandingan Mozart untuk Pemuzik Muda Antarabangsa Hengqin seterusnya yang akan kembali saban tahun demi meneruskan misinya.

Together in harmony — celebrating talent, friendship, and music at the closing concert
Experts and artists share insights on cross-border cultural development in Hengqin

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp