Vantage Menyerlah sebagai Penaja Utama di Smart Vision Summit Bahrain 2025, Menang Anugerah ‘Broker Paling Dipercayai’

21

PORT VILA, Vanuatu, 10 Oktober 2025 /PRNewswire/ — Vantage, broker berbilang aset yang terkemuka, dengan bangganya menjadi tumpuan utama sebagai penaja utama Smart Vision Summit Bahrain 2025 yang berprestij, lalu menekankan komitmennya dalam menyokong acara-acara industri yang penting.

Vantage Shines as Main Sponsor at Smart Vision Summit Bahrain 2025

Sidang kemuncak ini, yang menghimpunkan broker global, pakar kewangan dan pedagang, berfungsi sebagai sebuah platform bagi mengadakan pertukaran ilmu, perangkaian dan turut mempamerkan inovasi terkini bagi perdagangan dalam talian. Sebagai penaja utama, Vantage memainkan peranan penting dalam memacu perbualan mengenai ketelusan, teknologi serta perkhidmatan berpusatkan pelanggan.

Selain daripada peristiwa penting ini, Vantage turut diberi penghormatan menerusi Anugerah Broker Paling Dipercayai, iaitu pengiktirafan yang mengesahkan sekali lagi reputasi syarikat ini terhadap keandalan, ketelusan dan komitmen kepada perkhidmatan pelanggan. Anugerah ini menonjolkan platform inovatif Vantage, perkhidmatan yang andal serta sokongan komprehensif yang disesuaikan untuk pedagang merentas pelbagai pasaran.

Vantage Wins ‘Most Trusted Broker’ Award at Smart Vision Summit Bahrain 2025

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets, mengulas:

“Diiktiraf sebagai Broker Paling Dipercayai merupakan satu penghormatan sebenar dan memberi gambaran yang jelas mengenai kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami. Penajaan Forex Traders Summit Bahrain menggambarkan dedikasi kami untuk menyokong komuniti perdagangan dan memupuk hubungan industri yang bermakna. Kami tetap komited terhadap inovasi, ketelusan dan memberikan pengalaman bertaraf dunia untuk pelanggan kami.”

Pengiktirafan ini memperkukuh kehadiran Vantage yang semakin meningkat dan misinya untuk memperkasakan pedagang dengan penyelesaian yang terjamin, andal dan termaju.

Kunjungi Vantage Markets untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kami yang memenangi anugerah.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp