Penampilan Sulung HUAWEI Pura 80 Series: Terobos Sempadan Pengimejan Mudah Alih

22

DUBAI, UAE, 11 Julai 2025 /PRNewswire/ — Tanggal 10 Julai, HUAWEI dengan bangganya mengumumkan pelancaran global telefon pintar utama pengimejannya—HUAWEI Pura 80 Series. Telefon pintar ini dijangka akan mentakrifkan semula sempadan fotografi mudah alih dengan teknologi pengimejan yang canggih serta ciri-ciri inovatifnya.

HUAWEI Pura 80 Ultra, Fashion Next

Kegemilangan Reka Bentuk Ikonik

HUAWEI Pura 80 Ultra dan Glazed Red HUAWEI Pura 80 Pro yang menarik membawakan reka bentuk Dazzling Forward Symbol (Simbol Ke Hadapan Mempesonakan) yang mengambil inspirasi daripada motif sinar matahari tak lapuk dek zaman yang ditemui pada barang kemas yang sangat cantik dan jam tangan mewah. Corak sinar suria yang bersinar ini mempesonakan dengan kedalaman yang kompleks serta saling interaksi yang harmoni antara cahaya dan bayang-bayang. Kanta Pura 80 Ultra diserlahkan dengan cincin emas yang gemilang, lalu membentuk simbol ke hadapan ikonik yang memaparkan dengan berani lambang jenama super, mencipta bahagian tumpuan visual yang menawan.

HUAWEI Pura 80 Series, Aesthetics Next

Kecemerlangan Fotografi Ditakrifkan Semula

Kamera Ultra Pencahayaan 1-inci revolusioner HUAWEI Pura 80 Pro memaksimumkan tangkapan cahaya bagi tujuan perincian yang menakjubkan dalam keadaan cahaya malap, manakala Kamera Ultra Chroma memastikan reproduksi warna yang tepat, lalu memberikan pemandangan malam seperti kehidupan sebenar yang terang dengan kejelasan yang luar biasa. Pura 80 Ultra memperkenalkan Kamera Dwi Telefoto Boleh Tukar rintis yang menggabungkan kawasan fotopeka yang sangat besar dengan jarak fokus 3.7x dan 10x serba boleh bagi menghasilkan potret sinematik serta gambar jarak dekat yang dramatik dan sangat jelas dengan intensiti ruang yang menakjubkan.

Penjenamaan XMAGE HUAWEI yang dinaik taraf memperhebat Pura 80 Series dengan inovasi fotografi termaju yang memanfaatkan penderia telefoto terbesar daripada industri ini dan algoritma termaju bagi menghasilkan imej yang amat jelas dalam senario pembesaran tinggi dan cahaya malap. Bermula daripada butiran seni bina yang kompleks hinggalah latar langit bandar yang luas, ia menunjukkan kecemerlangan dalam mengabadikan suasana malam yang terang dengan rona serta ketepuan yang tepat. Siri ini mentakrifkan semula fotografi pentas dan videografi, mengabadikan perincian pentas ultra-jelas dan warna-warna terang dari jauh, dengan video 4K yang menyampaikan rakaman dengan fideliti tinggi yang mencipta semula pengalaman langsung dengan jelas.

HUAWEI Pura 80 Series, Photography Next

Inovasi Dipacu-AI Ditonjolkan

Bagi melengkapkan kehandalan fotografinya, Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra memperkenalkan Butang Kawalan Pintar AI, iaitu ciri mengubah keadaan yang memberikan capaian segera kepada fungsi diperibadikan seperti kamera, lampu suluh atau lensa AI dengan sekali ketik, disesuaikan mengikut keutamaan individu. Ditingkatkan dengan pengecaman cap jari demi keselamatan yang teguh, ia dapat memastikan operasi yang lancar serta selamat. Di samping itu, Pembatalan Hingar AI termaju merevolusikan panggilan dengan pengurangan hingar dua hala, mengasingkan suara pembesar suara sambil menghapuskan hingar ambien untuk komunikasi yang amat jelas dan bebas gangguan dalam sebarang persekitaran.

Kuasa dan Prestasi Tanpa Henti

Membekalkan kuasa kepada Pura 80 Pro dan Pura 80 Ultra ialah bateri 5170mAh yang teguh, digandingkan dengan 100W HUAWEI SuperCharge untuk pengecasan sepantas kilat dan 80W Wireless HUAWEI SuperCharge untuk peningkatan kuasa tanpa kabel yang lancar[1]. Gabungan yang dinamik antara kapasiti tinggi dan pengecasan pantas ini menjamin prestasi tanpa gangguan, seterusnya memastikan pengguna sentiasa berhubung dan sibuk sepanjang hari.

Ketahanan Tanpa Kompromi

Meningkatkan keandalan Pura 80 Ultra, Crystal Armor Kunlun Glass Generasi Kedua memberikan perlindungan yang tiada tandingan, menguatkan rintangan calar sebanyak 16x dan rintangan jatuh sebanyak 25x[2]. Perlindungan tercanggih ini memastikan ketahanan yang luar biasa, lalu melindungi peranti ini dengan mudah daripada haus dan lusuh harian demi prestasi tanpa bimbang yang konsisten.

E Arkian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp