Nicol David Organisation Melancarkan ‘Ibu Legends Summit’ Pertama di Malaysia

42

Lebih daripada 250 Ibu Berkumpul untuk Meraikan Jasa dan Peranan Ibu

17 Oktober 2025, Kuala Lumpur – Lebih daripada 250 orang ibu baru-baru ini berkumpul  untuk Ibu Legends Summit pertama oleh Nicol David Organisation, salah satu perhimpunan  terbesar di Malaysia yang meraikan dan mengangkat peranan ibu daripada semua lapisan  masyarakat. 

“Program Ibu Legends Summit ini direka untuk memberikan para ibu ruang, suara dan  pengiktirafan yang mereka benar-benar layak terima,” kata Mariana de Reyes, Ketua Pegawai  Eksekutif dan pengasas bersama Nicol David Organisation (NDO). “Ibu adalah nadi setiap  rumah yang berusaha tegas untuk menggerakkan segalanya untuk keluarga mereka. Dalam  meraikan seseorang ibu yang juga merupakan seorang pemimpin, legenda, dan cahaya dalam  komuniti mereka, kita menghormati peranan mereka yang tidak ternilai dalam membentuk  sebuah keluarga — sebuah asasi masa depan masyarakat.” 

Summit ini adalah lanjutan daripada program Ibu Legends NDO yang menyediakan sokongan  menyeluruh kepada ibu-ibu daripada komuniti berpendapatan rendah melalui bengkel kesihatan  mental, latihan literasi kewangan, aktiviti fizikal, sokongan rakan sebaya dan akses kepada  pemeriksaan kesihatan percuma.  

Sejak pelancarannya, program Ibu Legends telah membantu ramai wanita untuk membina  semula keyakinan diri, mengukuhkan silaturahim dan mempererat hubungan keluarga dalam  persekitaran yang positif. 

Melalui program Little Legends NDO untuk kanak-kanak, program Ibu Legends NDO telah  mencipta kesan berantai dalam keluarga — dengan 81% ibu melaporkan bahawa mereka  kini bersenam bersama anak-anak mereka, dan lebih berdaya tahan dari segi emosi, lebih  bersosial, dan lebih optimis terhadap masa depan.

Nicol David Organisation melancarkan Sidang Kemuncak Ibu Legends yang pertama.
Lebih daripada 250 ibu daripada pelbagai organisasi NGO telah menyertai Sidang Kemuncak ini.

“Ibu bapa membesarkan saya dalam persekitaran yang positif dan kami ingin membina  ruang yang sama, di mana ibu-ibu dan anak-anak mereka dapat menemui dorongan positif  melalui program-program yang disediakan oleh NDO,” jelas Datuk Nicol David.

“Di sinilah anak-anak kita benar-benar dapat merasakan bahawa mereka boleh mencapai  apa sahaja yang mereka impikan, tanpa sebarang halangan – sebagai yang diberikan oleh  ibu bapa saya kepada saya,” kata Datuk Nicol.  

“Pengajaran terbesar yang saya ambil dari sesi itu ialah kita perlu menghargai diri sendiri  sebelum berkhidmat untuk orang lain,” kata Syahadataini bt Mohd Sukari (NDO), 35 tahun,  seorang Ibu Legends sejak 2024. 

Sementara itu Jocelyn Tai, 43 tahun, turut berkongsi, “Ini adalah kali pertama saya menghadiri  persidangan khas untuk para ibu. Sesi-sesi ini sangat bermakna dan memberi inspirasi, dengan  petua keberanian, kepimpinan dan kasih sayang,” ujarnya yang telah menyertai program Ibu  Legend sejak 2024 manakala anak lelakinya yang berumur 11 tahun telah menyertai program  Little Legends sejak 2021.  

Acara yang berlangsung pada 8 Oktober 2025 itu menampilkan barisan penceramah  berinspirasi termasuk Siti Kamariah Ahmad Subki, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah;  Datuk Nicol David, atlet Juara Dunia dan pejuang pemerkasaan belia dan wanita; Dr.  Jezamine Lim, profesional perubatan dan usahawan; serta Thanuja Ananthan, pelakon,  pejuang hak asasi manusia dan bekas Miss World Malaysia.  

Persidangan ini turut menampilkan dua bengkel interaktif serta pameran seni khas bertemakan  “Keibuan Melalui Mata Seorang Ibu”, yang mempamerkan 43 karya hasil ibu-ibu peserta. Tiga  pemenang utama menerima baucar Watsons yang keseluruhannya bernilai RM1,000. 

Peserta daripada pelbagai organisasi seperti Nicol David Organisation, Thrive Well, Yayasan  Sime Darby, Teach For Malaysia, Women of Will, dan Women’s Aid Organisation (WAO) turut hadir bagi menyokong gerakan yang semakin berkembang ini untuk memperkasakan ibu ibu dan mengukuhkan keluarga melalui jaringan komuniti. 

Ibu Legends Summit direalisasikan dengan sokongan Yayasan Hasanah, yayasan berasaskan  impak di bawah Khazanah Nasional di bawah Kementerian Kewangan, bersama rakan kongsi  Mercedes-Benz Malaysia, Cartier dan Watsons. 

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp