CHANGZHOU, China, 14 Julai 2025 /PRNewswire/ — Di tengah-tengah kawasan Gurun Gobi yang luas terbentang di Jinta, Wilayah Gansu, deretan panel solar mengubah pasir yang dahulunya tidak sesuai untuk kehidupan menjadi “lautan biru” tenaga hijau yang berkembang pesat yang melaluinya Trinasolar membekalkan 100MW modul siri Vertex berprestasi tinggi untuk projek ini bagi membantu memacu output tenaga dan juga pembaharuan alam sekitar.

Modul Vertex Trinasolar, berdasarkan platform teknologi 210mm, memberikan output kuasa yang tinggi, kecekapan unggul dan keandalan dalam tempoh jangka panjang. Ciri-ciri ini mengurangkan kos elektrik teraras (LCOE) dan dalam masa yang sama memastikan hasil tenaga yang stabil biarpun berdepan dengan cabaran alam sekitar yang teruk seperti kemarau dan ribut pasir.
Tapak loji ini mendapat manfaat daripada kira-kira 3,200 jam pancaran matahari yang boleh digunakan setiap tahun, seterusnya menjadikannya tempat yang ideal bagi tujuan pembangunan fotovolta. Kini beroperasi pada kapasiti penuh, projek 500MW ini menjana kira-kira 736.5 juta kWj tenaga elektrik setiap tahun, lalu dapat menjimatkan kira-kira 300,000 tan arang batu standard, mengurangkan emisi CO₂ sebanyak lebih 800,000 tan dan mengurangkan emisi jirim zarahan sebanyak hampir 4,000 tan. Selain itu, panel PV dapat membantu mengurangkan degradasi tanah dengan menurunkan suhu permukaan, mengurangkan penyejatan air serta mengurangkan hakisan angin dan pasir.
“Projek ini melangkaui lebih daripada sekadar penjanaan tenaga—ia menggambarkan sejauh mana kuasa solar boleh memulihkan tanah usang secara aktif,” kata Cao Yunduan, Ketua Penjenamaan dan Pemasaran Global di Trinasolar. “Ia menjadi bukti yang menarik kepada kejayaan integrasi pemeliharaan ekologi dan tenaga lestari.”
Dengan menggunakan modul fotovolta berkecekapan tinggi, Trinasolar mengukuhkan kedudukannya sebagai pengilang yang sangat andal. Produk dan penyelesaiannya diterima pakai secara meluas dan diiktiraf oleh pelanggan di serata dunia, dengan kepakaran luas yang terkumpul dalam menyampaikan penyelesaian tersuai untuk persekitaran padang pasir dan kawasan gersang.
- Sebuah stesen janakuasa storan-solar 1.3GW di barat laut China disambungkan ke grid baru-baru ini dengan menggunakan kesemua modul Vertex N Trinasolar.
- Sebuah loji janakuasa agrivolta di wilayah Guizhou di barat daya China dengan jumlah kapasiti sebanyak 67.5MW turut disambungkan ke grid menggunakan modul siri Vertex N 720W Trinasolar.
- Sebuah projek storan-solar 1GW yang sedang dibina di barat laut China, dengan Trinasolar membekalkan 210MW modul siri Vertex N 720W berkecekapan tingginya dijadualkan disambungkan ke grid menjelang akhir tahun ini.
Trinasolar tetap komited untuk menerajui hala tuju penyelesaian PV pintar dan storan tenaga. Melangkah ke hadapan, Trinasolar akan terus berinovasi dan meningkatkan teknologinya, menyediakan produk dan penyelesaian yang lebih cekap dan andal kepada pelanggan di seluruh dunia, seterusnya menyumbang kepada masa depan sifar-bersih.