Ikon Negara Dato’ Azizulhasni Awang Dilantik  Sebagai Duta Jenama Volkswagen Malaysia yang  Pertama 

Kerjasama bersejarah yang meraikan aspek prestasi, ketepatan dan  Kuasa Kemungkinan 

Duta jenama berjiwa Malaysia, dipacu oleh matlamat yang jelas  

KUALA LUMPUR — Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dengan  bangganya mengumumkan kerjasama dengan jaguh berbasikal negara,  Dato’ Azizulhasni Awang yang dilantik sebagai duta jenama pertama untuk  Volkswagen di Malaysia.  

New Volkswagen Brand Ambassador Dato Azizulhasni Awang

Kerjasama ini menyatukan nilai-nilai bersama – prestasi berani, semangat  juang yang tidak pernah luntur dan reka bentuk tidak ditelan zaman – semuanya digabungkan dalam semangat untuk terus bergerak ke hadapan.  

Dikenali di peringkat global sebagai The Pocket Rocketman, Dato’  Azizulhasni bukan sahaja pelumba basikal pertama Malaysia yang meraih  pingat Olimpik, malah menjadi simbol kepada apa yang mampu dicapai oleh  rakyat Malaysia menerusi semangat, ketekunan dan ketepatan – nilai yang  menjadi teras jenama Volkswagen.  

Perjalanan karier daripada permulaan yang sederhana di Terengganu hingga  mampu berdiri megah di atas podium di Tokyo, Melbourne dan pentas dunia  lain nyata mencerminkan falsafah Volkswagen: merealisasikan impian  menerusi inovasi, ketabahan dan kecemerlangan yang berpaksikan kepada  manusia. 

“Cerita Dato’ Azizulhasni adalah kisah tentang cita-cita, ketabahan dan  semangat yang luar biasa. Sama seperti kereta-kereta kami, beliau  melambangkan prestasi yang penuh matlamat dan berkekalan,” kata  Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Renate Noessler.  “Beliau bukan sekadar juara di litar perlumbaan, malah menjadi model  ikutan di luar gelanggang. Kami cukup berbesar hati untuk menerima beliau  sebagai sebahagian daripada keluarga Volkswagen.”  

Gabungan yang meraikan prestasi, ketepatan dan Kesungguhan  

Keperibadian Dato’ Azizulhasni yang berdisiplin tetapi mudah didekati,  merendah diri dan diraikan di pentas dunia mencerminkan daya tarikan yang  sama seperti kenderaan Volkswagen. Daripada Golf GTI yang ikonik  hinggalah Tiguan Allspace yang versatil, Arteon yang elegan dan Touareg  yang lasak, kereta Volkswagen sememangnya dibina untuk mereka yang  menjalani kehidupan dengan tujuan, gaya dan kesungguhan.  

“Kerjasama ini bukan hanya lantikan duta biasa. Tetapi ia mencerminkan  hubungan mendalam dengan rakyat Malaysia yang menghargai aspek  prestasi, integriti dan keyakinan jangka masa panjang terhadap kenderaan  yang mereka pandu,” kata Renate. 

“Saya sentiasa percaya bahawa kejayaan dibina oleh konsistensi, ketelitian  dan semangat untuk menyahut cabaran – nilai-nilai yang sememangnya  selari dengan Volkswagen,” kata Dato’ Azizulhasni. 

“Dipilih sebagai duta pertama mereka memang satu penghormatan yang  sangat besar. Kerjasama ini bukan sekadar kereta atau sukan berbasikal,  tetapi ia tentang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya pergi  lebih jauh, lebih pantas dan tidak berpuas hati dengan pencapaian sedia  ada,” tambahnya.  

Bukan sekadar kereta, ia adalah keyakinan terhadap perjalanan. 

Dengan Dato’ Azizulhasni berada di hadapan, Volkswagen Malaysia  berhasrat untuk mengukuhkan hubungannya dengan komuniti, terutama  generasi baru yang meraikan warisan seperti mana mereka meraikan cita cita. 

Kerjasama ini bakal menyaksikan Dato’ Azizulhasni tampil dalam kempen kempen digital, acara dan kandungan digital pada masa akan datang yang  mengajak rakyat Malaysia untuk meneroka keunikan Volkswagen. Ia juga  berperanan sebagai lambing penyatuan untuk para pemilik kenderaan  Volkswagen yang bangga menjadi sebahagian daripada jenama yang  mengutamakan kualiti, individualiti dan hubungan sesama manusia.  

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp