DOBOT Malaysia Dibuka Percepat Pembuatan Pintar di Asia Tenggara

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Julai 2025 /PRNewswire/ — DOBOT Robotics mengumumkan secara rasmi pembukaan besar-besaran subsidiari Malaysia yang menyaksikan suatu pencapaian penting dalam pengembangan globalnya. Babak baharu ini memperkukuh komitmen syarikat ini untuk memacu inovasi teknologi dan kolaborasi bersama rakan kongsi tempatan di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

DOBOT Malaysia Branch Grand Opening

“Kami berasa teruja untuk meraikan pembukaan DOBOT Malaysia,” kata pengasas bersama DOBOT, Junjie Xie. “Pengembangan ini menekankan dedikasi kami untuk membawakan penyelesaian robotik yang inovatif dan menyokong transformasi Industri 4.0 Malaysia.”

Sejak penubuhannya, DOBOT mengkhusus untuk membebaskan potensi insan melalui robotik kolaboratif yang inovatif. Sepanjang dekad yang lalu, syarikat ini menembusi halangan teknologi, mencapai kemajuan dalam bidang-bidang seperti sistem kawalan, kawalan pergerakan, AI dan visi mesin. Setakat ini, DOBOT telahpun menghantar lebih 80,000 unit di peringkat global, mendapat kepercayaan daripada lebih 80 syarikat Fortune 500 dan lebih 6,000 institusi pendidikan.

Menyokong Transformasi Pembuatan Pintar Malaysia

Malaysia, sebagai hab yang utama bagi pembuatan dan inovasi teknologi di Asia Tenggara, menawarkan peluang yang semakin meningkat untuk robotik kolaboratif. DOBOT Malaysia bermatlamat untuk menyokong pertumbuhan ini dengan memfokuskan pada empat strategi utama:

1. Memperkasakan Pembuatan Pintar

DOBOT akan menawarkan penyelesaian yang sesuai untuk pengilang tempatan, mengoptimumkan kejituan dan kecekapan dalam proses-proses seperti pemasangan elektronik, kimpalan dan pemeriksaan kualiti, seterusnya meningkatkan daya saing global.

2. Memperdalam Integrasi Industri-Pendidikan

Melalui kolaborasi bersama universiti tempatan dan institusi vokasional, DOBOT akan menubuhkan pusat latihan pintar dan program sokongan yang bertujuan untuk membangunkan bakat masa depan untuk sektor pembuatan Malaysia yang kian berkembang.

3. Meningkatkan Perkhidmatan Setempat

DOBOT akan mewujudkan rangkaian perkhidmatan tempatan yang responsif bagi memberikan sokongan teknikal, latihan tersuai dan perkhidmatan selepas jualan bagi memastikan pengalaman pelanggan yang unggul.

4. Membina Secara Bersama Ekosistem Inovasi

Dengan bekerjasama bersama pengintegrasi sistem, penyedia teknologi dan pengilang, DOBOT bermatlamat untuk membangunkan ekosistem robotik kolaboratif yang memacu inovasi dan penyelesaian automasi hujung-ke-hujung.

Membentuk Masa Depan Pintar Bersama-sama

Pembukaan DOBOT Malaysia menyaksikan era baharu inovasi teknologi, kolaborasi dan juga kemajuan industri. Tatkala Malaysia menerima revolusi pembuatan pintar, DOBOT teruja untuk bekerjasama dengan perniagaan tempatan dan institusi pendidikan bagi membantu membentuk masa depan automasi di rantau ini.

Dengan visi yang dikongsi bersama, DOBOT menantikan perjalanan yang makmur, seterusnya membuka kemungkinan baharu dalam era pintar.

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp