Cathay United Bank Singapura Anjur Hari CSR “CU Smile” Kedua Sokong Warga Emas Tempatan

9

TAIPEI, 2 September 2025 /PRNewswire/ — Cathay United Bank (CUB) komited terhadap kelestarian dan memajukan tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara proaktif di seluruh cawangan luar negaranya. Baru-baru ini, cawangan Singapura mengadakan Hari CSR “CU Smile” kali kedua yang menghimpunkan hampir 100 kakitangan dan wakil daripada perusahaan-perusahaan Taiwan untuk berkhidmat sebagai sukarelawan. Mereka melawat rumah-rumah warga emas sepanjang Jalan Lingkaran Yishun bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan, mengecat dan ubah hias untuk memperbaiki keadaan hidup warga emas. Buat julung kalinya, CUB bekerjasama dengan TOUCH Elderly Group[1], sebuah pertubuhan bukan untung Singapura yang mengkhusus untuk masyarakat yang kurang bernasib baik, seterusnya menunjukkan model untuk bekerjasama dengan perusahaan-perusahaan rentas sempadan bagi memaksimumkan sumber tempatan untuk masyarakat.

Winfield Wong, Ketua Eksekutif Cathay United Bank Cawangan Singapura, berkata: “Terasa sungguh mengharukan apabila melihat pelanggan dan rakan kongsi Taiwan kami bersatu untuk menyumbang kepada masyarakat Singapura. Kami akan terus memajukan kehadiran kami di Singapura – baik dalam sektor kewangan mahupun melalui sumbangan bermakna kepada masyarakat.”

Inisiatif pada tahun ini memfokuskan untuk “Mentransformasikan Rumah, Menceriakan Kehidupan.” Para sukarelawan menyingsing lengan baju mereka untuk mengecat semula dinding, mencuci tingkap dan lantai serta mencipta ruang kediaman yang ceria. CUB turut menyumbangkan peralatan rumah seperti kipas yang bertujuan untuk membawakan penambahbaikan yang nyata kepada kehidupan seharian warga emas. Cathay Financial Holdings, iaitu syarikat induk Cathay United Bank dan salah satu institusi kewangan yang terbesar di Taiwan, sudahpun bertapak di Taiwan lebih 60 tahun lamanya. Berkembang secara proaktif di seluruh Asia, syarikat ini bermatlamat untuk menjadi “Institusi Kewangan Terbaik di Rantau Asia-Pasifik” dan terus memperluas pengaruh serantaunya.

Organisasi-organisasi Taiwan yang mengambil bahagian termasuk Persatuan Perniagaan Taipei di Singapura, Evergreen Marine (Asia), Sherman Mineral Trading dan juga WPG South Asia. Jenny Lu, Pengerusi Persatuan Perniagaan Taipei di Singapura, berkata: “Kami berbesar hati kerana diundang untuk mengambil bahagian dalam acara CSR anjuran Cathay United Bank Cawangan Singapura. Acara ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara perusahaan-perusahaan Taiwan di Singapura, malah turut berfungsi sebagai cara untuk menyumbang kepada masyarakat. Inisiatif CSR ini merupakan cerminan sebenar komitmen bersama kami terhadap penjagaan komuniti dan juga tanggungjawab sosial.”

Sejajar dengan “Pemerkasaan”, iaitu salah satu tonggak kelestarian utama Cathay Financial Holdings, CUB memanfaatkan kecekapan terasnya untuk menggalakkan keterangkuman serta kesamarataan. Memandang ke hadapan, CUB akan terus mendorong perusahaan-perusahaan Taiwan dalam memperluas usaha CSR mereka merentas wilayah-wilayah yang berbeza, menghubungkan pekerja dengan masyarakat setempat melalui inisiatif bermula daripada pendidikan hinggalah keterlibatan sosial, seterusnya merealisasikan visi “Bersama Lebih Baik.”

Cathay United Bank Singapore Branch held its second “CU Smile” CSR Day, gathering nearly 100 employees and Taiwanese enterprise representatives to volunteer and refurbish seniors’ homes. (Photo provided by Cathay United Bank)

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp