SELANGOR – Malaysia sekali lagi menjadi destinasi tumpuan dunia apabila edisi terkini Legend Universal Beauty Pageant 2025 bakal berlangsung dari 26 November hingga 1 Disember 2025 di lokasi eksklusif Monkey Canopy, Selangor. Penganjuran berprestij ini menandakan komitmen Malaysia sebagai hab acara antarabangsa yang meraikan kecantikan, budaya, kepimpinan dan keanggunan wanita moden.

Pengasas Legend Universal, Maggie Leong, berkata pertandingan itu bukan hanya pentas kecantikan seperti lazimnya, tetapi sebuah platform global yang mengangkat suara wanita dan generasi muda melalui kisah, identiti serta advokasi sosial yang dibawa oleh setiap peserta.
“Legend Universal Beauty Pageant bukan sekadar pertandingan, tetapi satu gerakan yang mengangkat suara wanita dan generasi muda. Kami mahu peserta membawa kisah, budaya dan kekuatan mereka,” katanya.
Edisi 2025 menghimpunkan 48 peserta antarabangsa merangkumi kategori Kids, Teens, Miss, Mrs, Elite dan Classic. Antara negara yang mengambil bahagian termasuk Borneo, Malaysia, Thailand, India, Vietnam, Nigeria, Indonesia, Russia, Taiwan, China, Hong Kong, Japan, Philippines, Sri Lanka, Australia, Bangladesh, Kyrgyzstan, dan beberapa lagi negara lain, menjadikan acara ini antara penganjuran paling pelbagai dalam sejarah Legend Universal.
Penyertaan tahun ini juga menampilkan 18 peserta kanak-kanak seawal usia tujuh tahun, manakala kategori Mrs Classic menyaksikan penyertaan peserta berusia 57 tahun, menggambarkan komitmen Legend Universal terhadap penyertaan pelbagai generasi tanpa batasan umur.
Wilayah Borneo pula diketuai oleh Director Borneo, Kimi Tomas, yang memainkan peranan penting memperkenalkan warisan, identiti serta budaya Malaysia Timur ke peringkat global.
Menurut penganjur, edisi kali ini memberi penekanan kepada penilaian menyeluruh yang merangkumi kecantikan, personaliti, kebolehan komunikasi, keyakinan serta usaha advokasi sosial setiap peserta. Penganjuran ini juga mengekalkan aspirasi Legend Universal sebagai institusi yang melahirkan ikon wanita dan pemimpin muda antarabangsa.
Kemuncak acara, The Grand Finale, akan berlangsung pada 1 Disember 2025, merangkumi segmen utama seperti National Costume Showcase, Group Evening Gown Walk bagi kategori Miss dan Mrs, pengumuman Anugerah Utama, serta Grand Gala Dinner bertaraf antarabangsa.

Dalam pencapaian terbaru, delegasi Legend Universal turut mengharumkan nama Malaysia apabila membawa pulang lima mahkota utama dan tiga gelaran tambahan di pertandingan ratu cantik bertaraf dunia, World Queen International 2025 di Taiwan.
Orang ramai yang ingin menghadiri malam kemuncak boleh membuat tempahan meja melalui Facebook Legend Universal Beauty Pageant. Tempat adalah terhad.