Mendekati Komuniti Tempatan Untuk Memupuk Penyertaan Digital dan Penglibatan Bermakna
PAPAR, SABAH – Media OutReach Newswire – 10 November 2025 – Shopee Malaysia, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara, Taiwan dan Brazil, hari ini melancarkan Shopee Rai Lokal Jelajah Komuniti di Sabah, sebagai sebahagian daripada Program Semarak Konsumerisme yang berlangsung di Papar. Inisiatif ini bertujuan untuk membekalkan komuniti luar bandar dengan kemahiran digital praktikal, membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menyertai ekonomi digital dalam talian serta meningkatkan taraf hidup melalui e-dagang.

Datuk Armizan Mohd Ali (dua dari kiri), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), melawat reruai pameran Shopee sempena inisiatif Shopee Rai Lokal Jelajah Komuniti di Papar, Sabah
Sebagai sebahagian daripada Program Semarak Konsumerisme, inisiatif ini turut dihadiri oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Shopee Rai Lokal Jelajah Komuniti menyokong tema program tersebut, “Kita Pengguna, Komuniti Sejahtera”, dengan mempromosikan amalan penggunaan berhemah dan penyertaan digital di peringkat komuniti.
YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, berkata, “Kami menyambut baik program seperti Shopee Rai Lokal Jelajah Komuniti, yang menyokong matlamat kerajaan dalam memperkukuh penyertaan digital dalam kalangan komuniti. Memberi pengetahuan dan kemahiran digital yang tepat kepada usahawan luar bandar dan pengguna adalah kunci untuk membina ekonomi yang inklusif dan mampan. Melalui usaha seperti ini, kita dapat memastikan lebih ramai rakyat Malaysia memperoleh manfaat daripada peluang dalam era digital.”
Kini memasuki tahun ketujuhnya, Shopee Rai Lokal telah menyokong ratusan ribu penjual dan usahawan di seluruh Malaysia, dengan komitmen berterusan untuk memperkasakan komuniti tempatan. Edisi Jelajah Komuniti tahun ini bakal mencapai lebih ramai peserta melalui latihan luar talian dan dalam talian yang diperluas di seluruh negara hingga hujung tahun ini, membantu rakyat Malaysia mengembangkan perniagaan mereka dan merebut peluang baharu dalam ekonomi digital.
Berbeza daripada program latihan lain, Shopee Rai Lokal menekankan pendekatan berasaskan komuniti dengan bimbingan secara praktikal bagi membantu peserta memulakan perniagaan di platform Shopee dengan lebih yakin. Melalui modul latihan yang komprehensif, peserta didedahkan dengan kemahiran penting seperti pengurusan penyenaraian produk, berinteraksi dengan pelanggan, dan penggunaan alat digital — termasuk ciri jualan pintar berasaskan AI, alat kempen, serta analitik masa nyata – bagi mengukuhkan penglibatan mereka dalam talian sekali gus membuka peluang pertumbuhan perniagaan yang mampan.
Saovanee Chan-Somchit, Pengarah Negara Shopee Malaysia, berkata, “Di Shopee, kami komited untuk memastikan pendidikan digital dapat diakses oleh semua, terutamanya komuniti di kawasan yang kurang mendapat perhatian. Melalui program yang merangkumi keusahawanan dalam talian, penggunaan alat digital, dan teknologi terkini, kami membantu rakyat Malaysia membina kemahiran yang diperlukan untuk berkembang dalam ekonomi digital. Sabah merupakan salah satu destinasi pertama bagi Jelajah Komuniti Shopee Rai Lokal, di mana komuniti setempat boleh memanfaatkan peluang ini. Melalui inisiatif berskala nasional seperti ini, kami membekalkan lebih ramai rakyat Malaysia dengan pengetahuan dan keyakinan untuk berjaya dalam ekonomi digital. Dengan memperkasa perniagaan kecil dan usahawan tempatan, kami berhasrat untuk memperkukuh sumber pendapatan mewujudkan masyarakat yang lebih inklusif dan berdaya tahan.”
Sepanjang sesi di Papar, peserta turut berpeluang berinteraksi dengan Shopee Bintang, rangkaian duta usahawan Shopee. Peniaga berpengalaman ini berkongsi perjalanan perniagaan mereka dan memberikan tips praktikal untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia meneroka e-dagang sebagai sumber pendapatan.
Salah seorang Shopee Bintang dari Sabah, Emilhan Mokhtar, pengasas KitaShop Sabah berkongsi, “Memulakan perniagaan dalam talian bersama Shopee membolehkan saya menyara keluarga dan mencapai pelanggan di luar kawasan saya. Saya berbangga kerana dapat berkongsi pengalaman ini dengan komuniti saya sendiri.”
Seorang peserta, Yong, berkongsi, “Saya sentiasa ingin memulakan perniagaan sendiri tetapi tidak tahu dari mana untuk bermula. Program ini membuka mata saya tentang peluang berniaga secara dalam talian. Mendengar pengalaman usahawan Shopee membuktikan bahawa kami memang boleh berkembang dan menjana pendapatan melalui e-dagang. Saya sangat teruja untuk terus belajar dan berharap dapat memulakan perjalanan perniagaan saya tidak lama lagi.”
Shopee Rai Lokal Jelajah Komuniti akan meneruskan siri jelajahnya ke seluruh negara dalam beberapa bulan akan datang, dengan tumpuan kepada kawasan yang berpotensi tinggi untuk pertumbuhan digital. Setiap sesi dijalankan dengan praktikal, inklusif, dan berteraskan komuniti — membantu peserta mengatasi halangan biasa dalam memulakan perjalanan e-dagang mereka serta mengukuhkan kemampuan mereka menjana pendapatan secara dalam talian.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Shopee dalam memperkasa PMKS di seluruh Malaysia melalui sokongan menyeluruh dan berterusan. Selain Jelajah Komuniti, Shopee terus menyokong PMKS di seluruh negara melalui Pakej Pertumbuhan PKS Shopee Rai Lokal bernilai RM50 juta, yang menyediakan latihan, alat digital, dan insentif bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan mereka. Peserta juga boleh memperluas pengetahuan mereka melalui Shopee University, sebuah platform percuma yang menawarkan modul dan sesi latihan yang dikendalikan pakar, yang telah membantu ribuan usahawan meningkatkan kemahiran digital mereka dan berkembang dengan lebih yakin.
Tahun ini juga menyaksikan 10 tahun Shopee di Malaysia – satu dekad yang didedikasikan untuk menyokong dan meningkatkan kemahiran PKS di seluruh negara.
“Memperkasa perniagaan kecil tempatan adalah kunci kepada pembinaan komuniti yang kukuh,” tambah Saovanee. “Dengan membantu lebih ramai rakyat Malaysia menyertai ekonomi digital, kami berharap dapat mewujudkan impak yang berkekalan dan inklusif — dari Sabah hingga ke seluruh negara.”
Seiring usaha Shopee untuk memperkasa komuniti melalui teknologi, inisiatif seperti Shopee Rai Lokal Jelajah Komuniti menegaskan komitmen jangka panjangnya untuk menjadikan ekonomi digital lebih mudah diakses dan inklusif untuk semua. Dengan memberikan usahawan tempatan kemudahan, pengetahuan, dan sokongan yang tepat, Shopee berhasrat membantu lebih ramai rakyat Malaysia membina sumber pendapatan mampan serta menyumbang kepada negara yang lebih berdaya saing.
