KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2025 – Bermula 1 September 2025, Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di bawah pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sebagai pusat utama menangani kes penipuan oleh scammer.

Orang ramai yang menjadi mangsa penipuan digesa segera menghubungi HOTLINE 997 untuk membuat aduan. NSRC menyatukan kepakaran agensi strategik negara, termasuk Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata, “Kita tidak mahu lagi bekerja secara ‘in-silo’. Pendekatan ‘whole of nation’ ini menggembleng kepakaran semua agensi untuk tindakan pantas terhadap aduan penipuan, demi melindungi rakyat daripada scammer.”
Kerjasama erat ini dijangka mempercepat tindakan ke atas kes penipuan, memastikan rakyat Malaysia terlindung daripada ancaman scammer.