“Senandung” Mafidz Tampil Juara Lagu Terbaik di Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2024

Kuala Lumpur, 27 Julai 2025 – Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie (ALI) 2024 telah bersiaran secara langsung dari JioSpace melalui YouTube Anugerah Lagu Indie malam tadi, menampilkan persembahan mantap daripada 15 Finalis (Top 15) yang bersaing bagi merebut gelaran Juara Lagu Terbaik Anugerah Lagu Indie 2024.

Sejak penganjuran sulungnya pada tahun 2020, edisi ke-5 Anugerah Lagu Indie kekal meraikan dan memberi platform kepada penggiat muzik indie tempatan tanpa mengira genre dan bahasa untuk menonjolkan bakat mereka.   

Dihoskan oleh Aqilah, Atoi, dan Bob (Brand Ambassadors Rakita 107.9), acara Pentas Akhir telah dimulakan dengan persembahan pembukaan bertenaga oleh Kyoto Protocol, yang mempersembahkan medley lagu-lagu hits mereka seperti “Dan Sebenarnya,” “Too Phat Baby,” dan “Lagu Untukmu”. 

Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan rock alternatif dan grunge tanah air, Seven Collar T-shirt, yang mempersembahkan lagu-lagu popular mereka seperti “Fragile,” “Lines,” dan “Lucky You”.

Penonton siaran langsung turut berpeluang memenangi sebuah motosikal Honda RS-X Winner tajaan Honda Motorcycle Malaysia melalui peraduan “Tonton ALI24 Menang Motor Honda RS-X Winner”. 

Sepanjang siaran selama 3 jam setengah tersebut, penonton di studio dan di rumah telah disajikan dengan 15 persembahan memukau daripada finalis dalam tiga kategori iaitu: Pop, Hip Hop, dan Rock.

Sorotan Persembahan Finalis Mengikut Kategori:

  • Kategori Pop Terbaik:
    • Odelia Tirza dengan lagu “TV SHOW” (Komposer & Lirik oleh: Odelia Tirza)
    • Fimie Don (feat Heidi Moru) dengan lagu “KE AKHIRNYA” (Komposer & Lirik oleh: Fimie Don)
    • Max Brandon (diwakilkan oleh Ayiena Erzanie & RUNS) dengan lagu “JANGAN MERAJOK” (Komposer & Lirik oleh: Max Brandon)
    • Reubben Chelvan dengan lagu “I GOT A WOMAN” (Komposer oleh: Reubben Chelvan & Ben Variyan; Lirik oleh: Reubben Chelvan)
    • Umar Akmal dengan lagu “DEWASA YANG KU IMPIKAN” (Komposer & Lirik oleh: Umar Akmal)
  • Kategori Hip Hop Terbaik:
    • Bubba D dengan lagu “DIFFERENT WORLDS” (Komposer oleh: Bubba D & Maviin; Lirik oleh: Bubba D)
    • Fusion Cypher House dengan lagu “GOOD DAY” (Komposer & Lirik oleh: Fusion Cypher House)
    • Radtheory (feat Hamza) dengan lagu “ONE MORE TIME” (Komposer oleh: Ziimusick; Lirik oleh: Radtheory)
    • B-Heart dengan lagu “SHH SHH” (Komposer oleh: Meorey; Lirik oleh: B-Heart)
    • Pikabu dengan lagu “OK GO” (Komposer oleh: Pikabu & Gummy; Lirik oleh: Pikabu, Trigga, Afiq, Riel-G & Gummy)
  • Kategori Rock Terbaik:
    • Teh Tarik Senja dengan lagu “BOLA SI ERNIE” (Komposer oleh: Teh Tarik Senja; Lirik oleh: Cahaya Bin Mohamad Shafri)
    • An Honest Mistake (feat Amanda Love & Ewan Roslan) dengan lagu “I, SUFFOCATE” (Komposer oleh: An Honest Mistake; Lirik oleh: Darren Teh & Amanda Love)
    • Mafidz (feat Otam) dengan lagu “SENANDUNG” (Komposer oleh: Megat Hafidz, Megat Fazly & Megat Aizzat; Lirik oleh: Megat Hafidz, Megat Fazly, Megat Aizzat & Otam Bin Abdul Rashid)
    • Inversion dengan lagu “ANATHEMA” (Komposer & Lirik oleh: Inversion & Aizad Junid)
    • Crazy Grizzly (feat Dhenaldi Savirio) dengan lagu “BIMA SAKTI” (Komposer oleh: Mustika Sari; Lirik oleh: Crazy Grizzly)

Acara kemuncak malam adalah pengumuman pemenang bagi pelbagai kategori. Hadiah terkumpul ALI24 berjumlah RM 36,000. Pemenang Lagu Terbaik membawa pulang RM15,000, manakala setiap pemenang kategori Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik, dan Persembahan Terbaik menerima RM5,000. Anugerah Lagu Terpaling Platinum ‘Carta Indie Kita’ menerima RM1,000.

Senarai Pemenang Anugerah Lagu Indie 2024:

  • Anugerah Lagu Terpaling Platinum Carta Indie Kita: Chylypdy
    • Anugerah khas ini terbuka kepada semua lagu yang pernah merangkul gelaran “Lagu Terpaling Platinum” menerusi Carta Indie Kita di Rakita 107.9. 
    • Tiga lagu yang disenarai pendek adalah “Matahari” (Empty Page), “Demi Cinta” (Nastia), dan “Kelabu 2024” (Chylypdy). 
    • Anugerah disampaikan oleh Armpunk Sindicate, pemenang Platinum CIK tahun lalu.
  • Anugerah Persembahan Terbaik: Umar Akmal
    • Penjurian untuk Anugerah Persembahan Terbaik telah melibatkan 70% markah daripada juri profesional dan 30% daripada undian awam dan berlangsung sepanjang persembahan pertama hingga terakhir. Talian undian awam telah ditutup sejurus selepas persembahan terakhir berlangsung.  
    • Anugerah disampaikan oleh Myo (Jemson)
  • Anugerah Lagu Hip Hop Terbaik: B-Heart – “Shh Shh”
    • Anugerah disampaikan oleh Roshan Jamrock (K-Town Clan)
  • Anugerah Lagu Pop Terbaik: Odelia Tirza – “TV SHOW”
    • Anugerah disampaikan oleh Zee Avi
  • Anugerah Lagu Rock Terbaik: Mafidz – “Senandung”
    • Anugerah disampaikan oleh Emmett Ishak (Butterfingers)
  • Anugerah Lagu Terbaik: Mafidz – “Senandung”
    • Anugerah disampaikan oleh Taja (Meet Uncle Hussain)

Panel juri berkaliber untuk Anugerah Lagu Indie 2024 termasuklah AG Coco, Irena Taib, Leaism, Loy Ekzan, Luca Sickta, Roshan Jamrock, Prof Madya Dr. Muhammad Sayyid, dan juga Wing Meng selaku Ketua Juri; di samping Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie 2024, Med Faris dan Jennifer Thompson.  

Anugerah Lagu Indie 2024 disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muda, Rakan Muzik; Lokasi Rasmi, JioSpace; Motosikal Rasmi, Honda Motorcycle Malaysia; Radio Rasmi, Rakita 107.9; serta Rakan Media Strategik yang bersama-sama menyokong semangat Anugerah Lagu Indie, Malaysia Tribune, Medialah, Music Addicts Malaysia, Kaypoh Media, Malaysia Music Scene, Writer’s Daily dan LUAS. Penaja busana rasmi bagi hos adalah Hikari Riders & Converse.

Turut hadir di acara dan memeriahkan majlis adalah beberapa nama besar seperti YB Adam Adli, Tuju, Loca B, Shamaine Othman, Sharifah Amani dan ramai lagi. 

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp