− Kerjasama bersejarah yang meraikan aspek prestasi, ketepatan dan Kuasa Kemungkinan
− Duta jenama berjiwa Malaysia, dipacu oleh matlamat yang jelas
KUALA LUMPUR — Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan jaguh berbasikal negara, Dato’ Azizulhasni Awang yang dilantik sebagai duta jenama pertama untuk Volkswagen di Malaysia.
Kerjasama ini menyatukan nilai-nilai bersama – prestasi berani, semangat juang yang tidak pernah luntur dan reka bentuk tidak ditelan zaman – semuanya digabungkan dalam semangat untuk terus bergerak ke hadapan.
Dikenali di peringkat global sebagai The Pocket Rocketman, Dato’ Azizulhasni bukan sahaja pelumba basikal pertama Malaysia yang meraih pingat Olimpik, malah menjadi simbol kepada apa yang mampu dicapai oleh rakyat Malaysia menerusi semangat, ketekunan dan ketepatan – nilai yang menjadi teras jenama Volkswagen.
Perjalanan karier daripada permulaan yang sederhana di Terengganu hingga mampu berdiri megah di atas podium di Tokyo, Melbourne dan pentas dunia lain nyata mencerminkan falsafah Volkswagen: merealisasikan impian menerusi inovasi, ketabahan dan kecemerlangan yang berpaksikan kepada manusia.
“Cerita Dato’ Azizulhasni adalah kisah tentang cita-cita, ketabahan dan semangat yang luar biasa. Sama seperti kereta-kereta kami, beliau melambangkan prestasi yang penuh matlamat dan berkekalan,” kata Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia, Renate Noessler. “Beliau bukan sekadar juara di litar perlumbaan, malah menjadi model ikutan di luar gelanggang. Kami cukup berbesar hati untuk menerima beliau sebagai sebahagian daripada keluarga Volkswagen.”
Gabungan yang meraikan prestasi, ketepatan dan Kesungguhan
Keperibadian Dato’ Azizulhasni yang berdisiplin tetapi mudah didekati, merendah diri dan diraikan di pentas dunia mencerminkan daya tarikan yang sama seperti kenderaan Volkswagen. Daripada Golf GTI yang ikonik hinggalah Tiguan Allspace yang versatil, Arteon yang elegan dan Touareg yang lasak, kereta Volkswagen sememangnya dibina untuk mereka yang menjalani kehidupan dengan tujuan, gaya dan kesungguhan.
“Kerjasama ini bukan hanya lantikan duta biasa. Tetapi ia mencerminkan hubungan mendalam dengan rakyat Malaysia yang menghargai aspek prestasi, integriti dan keyakinan jangka masa panjang terhadap kenderaan yang mereka pandu,” kata Renate.
“Saya sentiasa percaya bahawa kejayaan dibina oleh konsistensi, ketelitian dan semangat untuk menyahut cabaran – nilai-nilai yang sememangnya selari dengan Volkswagen,” kata Dato’ Azizulhasni.
“Dipilih sebagai duta pertama mereka memang satu penghormatan yang sangat besar. Kerjasama ini bukan sekadar kereta atau sukan berbasikal, tetapi ia tentang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya pergi lebih jauh, lebih pantas dan tidak berpuas hati dengan pencapaian sedia ada,” tambahnya.
Bukan sekadar kereta, ia adalah keyakinan terhadap perjalanan.
Dengan Dato’ Azizulhasni berada di hadapan, Volkswagen Malaysia berhasrat untuk mengukuhkan hubungannya dengan komuniti, terutama generasi baru yang meraikan warisan seperti mana mereka meraikan cita cita.
Kerjasama ini bakal menyaksikan Dato’ Azizulhasni tampil dalam kempen kempen digital, acara dan kandungan digital pada masa akan datang yang mengajak rakyat Malaysia untuk meneroka keunikan Volkswagen. Ia juga berperanan sebagai lambing penyatuan untuk para pemilik kenderaan Volkswagen yang bangga menjadi sebahagian daripada jenama yang mengutamakan kualiti, individualiti dan hubungan sesama manusia.