PUTRAJAYA 24 Mac 2023 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa Zamri Bin Misman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang baharu berkuatkuasa 22 Mac 2023 (Rabu) menggantikan YBhg. Dato’ Ruslin Bin Jusoh.
Menurut JPN, Zamri yang berumur 51 tahun, telah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1997.

\”Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pernah bertugas di pelbagai Agensi Persekutuan termasuklah di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Beliau kemudiannya bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, di Majlis Keselamatan Negara (MKN).\” kata JPN.
Pada masa yang sama JPN merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ruslin Bin Jusoh atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada JPN.
- Pengiktirafan teknologi hijau dalam industri logistik satu keperluan strategik RMK13
- ASTRAUX Takrifkan Semula Mobiliti Bandar: SEV Mengejutkan Pasaran Eropah daripada Hanya €5,999
- Yutong Bus Link+ Perkasa Pengangkutan dengan Pengurusan Pintar dan Kecekapan Operasi Lebih Tinggi
- Robot curi perhatian di Ekspo Data Raya
- Inspirasikan Kehebatan, Rancakkan Suasana Anda: TCL Pamer Teknologi Paparan Terkini dan Inovasi AI di IFA 2025