ZHENGZHOU, China, 6 September 2025 /PRNewswire/ — Yutong Bus (“Yutong”, SHA: 600066), pengilang bas elektrik global yang terkemuka memperkenalkan versi antarabangsa generasi akan datang bagi platform Internet Pelbagai Kenderaan (IoV), Link+. Satu penaiktarafan yang komprehensif kepada Vehicle+, Link+ menawarkan penyelesaian sehenti yang selamat, pintar dan cekap untuk operasi pengangkutan bagi memperkasakan pengangkutan untuk mencapai kecekapan operasi teroptimum.

Bermula daripada pemantauan 24/7 hinggalah pengurusan pintar serta perkhidmatan dipacu data, Yutong Link+ memperkasakan pengangkutan dengan penyelesaian pengurusan kitaran hayat.
- Pemantauan Komprehensif: Ia mengesan lokasi kenderaan dan status masa nyata serta memantau lebih 100 bahagian dan komponen dari jauh. Pemeriksaan pintar selama satu minit mengesan dan menangani risiko secara proaktif, memastikan perjalanan yang lebih selamat.
- Pengurusan Pintar: Geobatas merealisasikan had laju pintar di zon-zon yang ditetapkan. Kawalan A/C jarak jauh melaraskan terlebih dahulu suhu kabin. Link+ menjadualkan pengecasan luar puncak secara automatik bagi mengurangkan kos tenaga. Yutong mengenal pasti pola penggunaan tenaga yang tinggi dan menyampaikan strategi penambahbaikan bersandarkan data.
- Perkhidmatan Cekap: Pembantu AI Yutong mengenal pasti kerosakan serta-merta dan memberikan panduan pembaikan langkah demi langkah. Akses lebih 480,000 alat ganti OEM tulen dengan pemesanan dalam talian yang telus dan penjejakan pada masa nyata. Jadualkan pembaikan melalui tempahan satu klik dan berhubung terus dengan jurutera bertauliah.
VOY Santiago SpA, pengendali pengangkutan awam Chile yang mengurus 214 bas tenaga baharu Yutong, melaporkan penambahbaikan yang ketara selepas menerima pakai Link+. Ketika menghadapi haus sistem brek yang tinggi ekoran jalan raya Chile yang kompleks, VOY menggunakan pemantauan peta masa nyata Link+ untuk memvisualisasikan data kritikal yang dapat mengurangkan masa pemeriksaan kenderaan daripada 4-5 hari kepada 10 minit.
Bagi pengurusan tenaga, Link+ mengupayakan peralihan daripada pengawasan manual kepada kawalan pintar. Dengan menyeragamkan penetapan penyamanan udara dalam seluruh pengangkutan—mengekalkan suhu pada 22°C dan kelajuan kipas pada 50%—VOY meningkatkan pematuhan pemandu sekali gus memastikan keselesaan penumpang. Pelarasan pintar ini dapat mengurangkan penggunaan tenaga harian sebanyak 1,848 kWj. Berdasarkan kadar elektrik Chile iaitu 127 peso Chile bagi setiap kWj, pengendali dapat menjimatkan kira-kira 49.31 juta peso Chile setiap tahun semasa musim penyamanan udara puncak.
Yutong Link+, dikuasakan oleh AI dan data raya, memberikan penyelesaian pengurusan kitaran hayat pintar yang mencipta nilai terjamin untuk pelanggan global.
※ Yutong mematuhi dengan tegas undang-undang dan peraturan negara/wilayah di tempat ia beroperasi dan mengambil langkah-langkah yang efektif untuk melindungi privasi dan keselamatan data pengguna. Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) Yutong memperoleh pensijilan ISO27001&27701 dan Sistem Pengurusan Keselamatan Siber Kenderaan (CSMS) menerima pensijilan EU. Berpuluh-puluh model telah lulus pensijilan VTA model R155 untuk keselamatan maklumat. |