YAYASAN DATO’ MALAYSIA DAN CRADLE LAKSANAKAN PERTUKARAN MOU STRATEGIK MELALUI INISIATIF ZENITH INTERNATIONAL INVESTOR NETWORK UNTUK MERANGSANG PELABURAN PERSENDIRIAN DALAM STARTUP TEMPATAN BERTEKNOLOGI TINGGI

16

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Yayasan Dato’ Malaysia (YDM) dan Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle) hari ini mengukuhkan kerjasama strategik mereka melalui pertukaran rasmi Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melancarkan Zenith International Investor Network, satu inisiatif eksklusif yang bertujuan menarik pelaburan asing daripada individu bernilai tinggi (High Net-Worth Individuals – HNWI) ke dalam syarikat pemula Malaysia berteknologi tinggi.

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Rasmi antara Yayasan Dato’ Malaysia dan Cradle bagi Pelancaran Rangkaian Pelabur Antarabangsa Zenith

Inisiatif ini menandakan permulaan kepada satu ekosistem pelaburan baharu yang memberi tumpuan kepada syarikat-syarikat pasca-pembiayaan CIP Sprint, dengan fokus terhadap industri yang berpotensi tinggi seperti BlockchainKecerdasan Buatan (AI), dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Zenith International Investor Network merupakan hasil kolaborasi antara Cradle, yang merupakan agensi pelaksana utama di bawah MOSTI bagi menyokong pembangunan startup melalui pembiayaan dan pemetaan pembangunan inovasi negara, dan Yayasan Dato’ Malaysia, sebuah pertubuhan elit yang menghimpunkan tokoh-tokoh bergelar dari seluruh negara serta mempunyai rangkaian eksklusif pelabur-pelabur asing bernilai tinggi. Masverse Sdn. Bhd. ialah penyelaras projek bagi Zenith International Investor Network, yang memastikan pelaksanaan berjalan lancar serta sejajar dengan objektif inisiatif ini.

Melalui inisiatif ini, Cradle akan menyediakan data dan laluan kepada syarikat pemula pasca-CIP Sprint yang bersedia untuk pelaburan lanjut. CIP Sprint merupakan sebuah geran sehingga RM600,000 daripada Cradle yang dikhaskan tujuan pengkomersialan.

Manakala YDM pula akan menggembleng jaringan pelaburnya untuk membuka peluang pelaburan antarabangsa secara langsung ke dalam startup Malaysia.

Antara objektif utama kerjasama ini ialah:

  • Menarik dan memudahcara pelaburan individu asing bernilai tinggi ke dalam syarikat pemula tempatan.
  • Memberi sokongan strategik kepada syarikat pemula menerusi konsultasi dan akses kepada modal.
  • Membina ekosistem pelaburan individu yang kukuh dengan proses pemeriksaan latar belakang pelabur (due diligence) yang sistematik.
  • Menjalinkan hubungan antara pemegang taruh di peringkat nasional dan serantau bagi merancakkan aktiviti pelaburan.
  • Menyokong pembangunan teknologi canggih dan inovatif bagi menjadikan Malaysia hab inovasi serantau.

Menurut Dato Sri Kenta Goh Saik Heng, Timbalan Presiden Yayasan Dato’ Malaysia, “Zenith adalah wadah strategik untuk menyatukan pelaburan eksklusif dengan cita-cita besar negara dalam teknologi masa hadapan. Kita ingin memastikan ahli-ahli bergelar di negara ini bukan hanya berperanan sosial, malah menjadi penggerak kepada pertumbuhan ekonomi inovatif Malaysia.”

Sementara itu, Norman Matthieu Vanhaecke, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, menegaskan, “Perjanjian ini melambangkan komitmen bersama ke arah membina ekosistem startup yang lebih mampan dan berdaya saing. Dengan kerjasama strategik bersama YDM, kami yakin dapat membuka lebih banyak peluang pelaburan berkualiti tinggi untuk startup tempatan yang telah sedia berkembang ke peringkat antarabangsa.”

Selain inisiatif bersama Cradle, Yayasan Dato’ Malaysia (YDM) turut merancang sesi pertukaran MoU tambahan bersama dua entiti strategik, iaitu Malaysia Mobile Technology Association (MMTA) dan Micro Venture Group Limited (Kumpulan Pelabur Persendirian Antarabangsa). Langkah ini bertujuan memperluaskan lagi jaringan strategik pelaburan dan memperkukuh ekosistem inovasi negara secara menyeluruh.

Kerjasama ini juga merangkumi inisiatif seperti pembangunan dan pensijilan pelabur, pemerkasaan rangkaian ekosistem, perkongsian aliran urus niaga (deal flow), serta sokongan saluran pelaburan menerusi pencarian startup berpotensi tinggi. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, BlockchainCert.my oleh Masverse telah diperkenalkan untuk mengukuhkan pengesahan pelabur di bawah Program Zenith Elite. Melalui sijil digital berasaskan blockchain, setiap pelabur yang layak menerima pengiktirafan yang selamat, kalis gangguan dan boleh disahkan serta-merta. Pendekatan ini bukan sahaja mempercepatkan proses semakan wajar, malah membina keyakinan serta ketelusan jangka panjang dalam ekosistem pelaburan.

Memorandum ini akan berkuat kuasa selama dua tahun dan menjadi asas kepada perjanjian-perjanjian lanjut yang lebih menyeluruh dalam masa terdekat.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp