XPPen Sambut Ulang Tahun ke-20 dengan “Kembali ke Masa Depan, Cipta Sekarang!”

19

Peraduan Reka Bentuk Set Utama XPPen & PUBG MOBILE: Menerajui Gelombang Kreativiti Baharu 

LOS ANGELES, 16 Ogos 2025 /PRNewswire/ — XPPen, jenama inovasi seni digital yang terkemuka di dunia, meraikan ulang tahun ke-20 yang mengagumkan hari ini. Di bawah tema “Kembali ke Masa Depan, Cipta Sekarang!”, XPPen bekerjasama dengan PUBG MOBILE untuk melancarkan Peraduan Reka Bentuk Set Utama bagi menghubungkan seni digital dengan komuniti permainan di seluruh dunia, yang menawarkan hadiah terkumpul bernilai $120,000. Inisiatif ini juga termasuk perbualan yang berwawasan mengenai masa depan seni digital bersama artis-artis terkemuka dan menawarkan jualan ulang tahun yang eksklusif. Selama dua dekad, XPPen tetap komited untuk memperkasakan pencipta di seluruh dunia melalui teknologi inovatif dan sambutan yang penting ini menjadi satu penghormatan kepada sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh komuniti kreatif global kami.

“Dengan visi untuk merapatkan teknologi dan seni manusia, XPPen terus mencetuskan daya kreativiti dan menghubungkan para artis di seluruh dunia,” kata Amy Yuan, Pengarah Jenama di XPPen. “Tahun ini, bertemakan ‘Kembali ke Masa Depan, Cipta Sekarang’, kami menggalakkan para pengguna untuk mengejar impian mereka dan membayangkan masa depan. Meskipun teknologi terus membentuk semula imaginasi dan kreativiti, intipati seni tetap menjadi refleksi unik tentang sejauh mana individu memerhatikan dan merenung dunia. Memandang masa kini melalui masa depan yang berlandaskan kemesraan dan unsur kemanusiaan, kami mara ke hadapan dengan keyakinan yang lebih tinggi. Kami berbesar hati untuk berganding bahu dengan PUBG MOBILE, iaitu permainan mudah alih yang terkenal di peringkat global sempena Peraduan Reka Bentuk Set Utama. Melalui kolaborasi ini, kami bukan sahaja menyediakan pentas global untuk para pencipta mempersembahkan bakat mereka malah turut memperkukuh hubungan XPPen bersama generasi baharu, lantas membolehkan penggemar permainan merasai kegembiraan penciptaan.”

Peraduan Reka Bentuk Set Utama XPPen x PUBG MOBILE: Menerajui Gelombang Kreativiti Baharu

XPPen bekerjasama dengan permainan mudah alih terkemuka PUBG MOBILE untuk melancarkan Peraduan Reka Bentuk Set Utama dan mengundang para pencipta di seluruh dunia untuk meneroka perbatasan kreatif. Ptopia Design Project (PDP) ialah program penciptaan bersama bersumberkan komuniti global yang pertama untuk PUBG MOBILE bagi memberi inspirasi kepada pemain-pemain untuk membangunkan pakaian, senjata, aksesori dan banyak lagi. Perkongsian ini terhasil daripada semangat bersama terhadap inovasi, semangat terbuka dan kreativiti selain visi untuk memupuk penciptaan bersama, pertukaran budaya dan juga platform kreatif global.

Peraduan ini berlangsung mulai 16 Ogos hingga 16 Oktober 2025 yang membawakan tema-tema popular serta satu tema baharu eksklusif yang dicipta bersama oleh XPPen dan PUBG MOBILE: “Era Masa Depan” bagi menggalakkan peserta-peserta untuk membayangkan masa depan. Hadiah-hadiah termasuk hadiah terkumpul bernilai $120,000, paparan lukisan XPPen utama dan alatan PUBG MOBILE, dengan reka bentuk yang berjaya berpotensi dipaparkan dalam-permainan. Sertai peraduan ini di https://community.xp-pen.com/events/co-create-with-pubgm-pdp  

Panel yang terdiri daripada artis-artis yang disegani akan mengadili penyertaan, termasuk Clinton Jones (Pwnisher), pengarah yang dikenali ramai dan artis 3D/VFX yang terkenal kerana mengkurasikan cabaran 3D global; Esteban Diácono, pereka gerakan yang pernah berkolaborasi dengan jenama-jenama terkemuka; Ryota-H, juruanimasi Jepun dan artis manga yang terkenal; berserta artis-artis Shan Jiang dan Giusy Amoroso. “Ini merupakan satu peluang yang cukup hebat. Saya tidak sabar melihat para peserta memberikan yang terbaik,” kata ketua hakim Clinton Jones.

Membentuk Semula Masa Depan Alatan Kreatif

Sejak tahun 2005, XPPen didorong oleh inovasi bagi membolehkan teknologi boleh dicapai oleh semua. Pencapaian terkini termasuk Magic Drawing Pad dan Magic Note Pad, meluaskan jangkauan teknologi lukisan dan penulisan digital kepada audiens yang lebih luas sekali gus membuka perbatasan baharu dalam penciptaan mudah alih serta aplikasi perniagaan. Barisan produk XPPen terdiri daripada penyelesaian gred profesional hinggalah penyelesaian mudah alih bagi memenuhi keperluan pengguna yang pelbagai dengan pengalaman kreatif serba boleh merentas senario. Memandang ke hadapan, XPPen akan memperkenalkan stilus generasi baharu yang dikuasakan oleh teknologi cip termaju, menawarkan kesensitifan, kestabilan dan kemudahalihan yang unggul bagi meningkatkan pengalaman penciptaan. Siri Artist Ultra yang akan datang bakal mencapai keseimbangan yang sempurna antara prestasi profesional dan reka bentuk mudah alih, lalu mentakrifkan semula alatan kreatif.

Tawaran Ulang Tahun Eksklusif, Potongan Sehingga 50%

Bagi meraikan ulang tahun ke-20 XPPen, kedai rasmi menawarkan potongan sehingga 50% untuk barisan produk popular bagi memberi peluang kepada para pencipta untuk merasai pengalaman teknologi canggih pada nilai yang luar biasa. Ikuti media sosial dan komuniti kami untuk lebih banyak aktiviti sambutan dan peluang memenangi produk XPPen serta set hadiah ulang tahun yang eksklusif.

Sertai sambutan ulang tahun ke-20 XPPen tatkala kami terus merintis inovasi dan memberi inspirasi kepada pencipta untuk meraih pencapaian yang lebih tinggi. Alami masa depan kreativiti digital dan jadilah sebahagian daripada perjalanan kami. 

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp