Xinhua Silk Road: Festival Pelancongan Antarabangsa Tiga Gaung Sungai Yangtze China ke-16 bermula di Yichang China

26

BEIJING, 12 September 2025 /PRNewswire/ — Upacara pembukaan bagi Festival Pelancongan Antarabangsa Tiga Gaung Sungai Yangtze China ke-16 telahpun diadakan di Yichang, Wilayah Hubei, bahagian tengah China pada 6 September.

Acara ini turut sama dihoskan oleh Kerajaan Rakyat Wilayah Hubei serta Kerajaan Rakyat Perbandaran Chongqing dan dianjurkan oleh jabatan kebudayaan dan pelancongan wilayah Hubei, suruhanjaya pembangunan kebudayaan dan pelancongan perbandaran Chongqing dan juga kerajaan rakyat Bandar Yichang.

Selepas upacara pembukaan, sebuah persembahan kebudayaan dipentaskan untuk orang ramai yang menampilkan 15 aksi seni termasuk nyanyian dan tarian, drama pendek, persembahan alat muzik dan Kung Fu Cina. Sementara itu, persembahan ini turut menggabungkan elemen-elemen inovatif seperti hos maya AI dan kesan laser bagi memberikan pengalaman imersif kepada hadirin.

Difahamkan bahawa satu siri acara akan diadakan semasa festival ini berlangsung, termasuk karnival pelancongan Three Gorges dan festival budaya makanan istimewa. Hubei Three Gorges Cultural Tourism Group akan melancarkan beberapa inisiatif untuk memberi manfaat kepada orang ramai melalui pelancongan budaya. Di samping itu, pertandingan kemahiran masak-memasak yang pertama dan sebuah pesta makanan akan turut diadakan.

Sejak permulaannya pada tahun 2010, Festival Pelancongan Antarabangsa Tiga Gaung Sungai Yangtze China dianjurkan secara berselang-seli oleh Hubei dan Chongqing setiap tahun. Ia menjadi sebuah acara pelancongan budaya terkenal yang meningkatkan pengaruh Three Gorges dengan ketara sebagai jenama pelancongan.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp