HANOI, Vietnam, 16 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Vantage Foundation memperkukuh komitmennya terhadap perlindungan kanak-kanak melalui Blue Dragon Children’s Foundation di Vietnam. Kolaborasi ini memfokuskan untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada pemerdagangan dan eksploitasi, menyediakan mereka dengan keselamatan, pendidikan dan laluan ke arah masa depan yang lebih cerah.

Blue Dragon diiktiraf secara meluas lantaran pendekatannya yang holistik: menyelamatkan kanak-kanak daripada mara bahaya dan memberikan sokongan jangka panjang kepada mereka sekali gus mencegah pemerdagangan melalui pendidikan serta khidmat bantuan. Ramai belia yang berisiko berasal dari kawasan luar bandar yang mencari pekerjaan di bandar dan di sana mereka berdepan dengan keadaan yang semakin terdedah kepada janji palsu pemerdagang. Blue Dragon bekerjasama dengan sekolah-sekolah dan komuniti-komuniti bagi memastikan kanak-kanak berada di sekolah, mengajar mereka untuk kekal selamat daripada pemerdagangan dan memperkasakan keluarga untuk melindungi anak-anak mereka.
“Pemerdagang mencari mangsa dengan memberi harapan,” kata Michael Brosowski, Pengasas Blue Dragon. “Apabila keluarga dimaklumkan, harapan itu menjadi kekuatan, bukan kelemahan.”
Semasa satu lawatan yang diadakan baru-baru ini ke pusat Blue Dragon di Hanoi, para sukarelawan Vantage Foundation berhubung terus dengan kanak-kanak dan kakitangan. Pasukan ini membantu menyediakan dan berkongsi makanan bersama kanak-kanak di pusat berkenaan, mencipta detik yang menggembirakan, memberi galakan serta mengeratkan hubungan.
“Detik-detik ini menjadi peringatan bahawa penyembuhan selalunya bermula dengan sesuatu semudah berkongsi makanan dan kata-kata yang baik,” kata Steven Xie, Pengarah Eksekutif Vantage Foundation.
Selain daripada usaha menyelamat, Blue Dragon turut menyediakan pendidikan percuma kepada kanak-kanak gelandangan dan kurang bernasib baik, membantu mereka mengejar kemajuan dari segi akademik dan memasukkan semula mereka ke dalam sistem persekolahan arus perdana. Vantage Foundation menyokong pengembangan program ini bagi memastikan lebih ramai kanak-kanak boleh mendapatkan keselamatan, pendidikan serta sokongan jangka panjang.
“Kami percaya perubahan yang berkekalan bermula dengan maruah dan peluang,” tambah Steven Xie. “Pendekatan berpusatkan manusia dan holistik oleh Blue Dragon benar-benar memberi inspirasi dan kami berbesar hati kerana dapat membawa perubahan.”
Menerusi kolaborasi ini, Vantage Foundation mengesahkan sekali lagi komitmennya untuk melindungi kanak-kanak yang mudah terdedah pada bahaya, mencegah pemerdagangan manusia dan membina komuniti yang lebih selamat. Perkongsian ini turut menggambarkan visi bersama: bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk membesar tanpa sebarang eksploitasi, dengan alatan dan peluang untuk berkembang maju.