28 November 2022 – Perdana Menteri, Dato\’ Seri Anwar Ibrahim berkata soal pembentukan kabinet kerajaan diserahkan kepada beliau untuk membuat pertimbangan sewajarnya.
Katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) tadi, ia akan dilakukan sesegera mungkin.
\”Sepertimana yang saya sebut, tidak seperti mana biasa Kerajaan Perpaduan ini melibatkan banyak parti jadi sebelum buat keputusan saya mesti dengar semua pandangan dan kemudian masalahnya jumlah (anggota) kabinet itu dikecilkan.
Kalau dulu dia masuk ajer la. Lima puluh? Ok. Enam puluh? Ok. Tak cukup lagi? (Ada) Duta Khas. Tak cukup lagi? (Ada) Penasihat Khas. Saya tak sanggup buat begitu.\” katanya yang dipercayai merujuk kepada saiz kabinet kerajaan terdahulu.
Mengulas mengenai kenyataan Ramkarpal Singh bahawa tidak perlu lagi usul undi percaya di sidang Parlimen nanti kerana beliau sudah memperolehi jumlah majoriti yang jelas, Anwar berkata bahawa usul itu tetap akan diteruskan.
\”Saya fikir keabsahan itu, juga dari segi presepsi politik jadi kita akan teruskan dengan undi percaya pada 19 haribulan Disember. \” kata Anwar.
Lagi Berita Politik :
Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul undi percaya akan diteruskan – Anwar
By Contributor LNANovember 28, 2022
AMMY LNAPolitik
Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang
By Contributor LNANovember 28, 2022
AMMY LNAPolitik
Janji Adam Adli
By NazrulazuadNovember 27, 2022