UNIQ Lancar Sarung iPhone 17 Direka untuk Kesederhanaan Pintar dan Kekuatan Peka

20

SINGAPURA, 10 September 2025 /PRNewswire/ — UNIQ, diraikan kerana reka bentuk yang difikirkan dengan teliti dan inovasi dengan tujuan yang berguna, memperkenalkan Koleksi Sarung iPhone 17. Tahan lama, mampan dan diperhalusi tanpa susah payah, koleksi ini direka untuk setiap gaya hidup. Setiap sarung telefon— AirSuit, Clario, Combat Active dan Keva—dapat membawakan penyesuaian kepada hari anda, memberikan perlindungan tanpa merasa terhalang.

Smartly designed, simply functional—UNIQ’s iPhone 17 cases are built to flow effortlessly with your day. See the full collection at www.uniqbetterbydesign.com

Bergerak bebas dengan AirSuit, sarung telefon lutsinar gred perisai paling nipis ini dapat melindungi iPhone 17 anda dengan perisai calar bertetulang 1.3mm dan ImpactFrame™ terbina dalam bagi tujuan pertahanan kamera bingkai penuh. Dengan potongan yang tepat dan butang sentuhan, setiap interaksi terasa seperti tidak perlu bersusah payah. Ringan dipegang pada tangan, kuat ciri perlindungannya, dibuat untuk bergerak mengikut rentak anda.

AirSuit iPhone 17 Case

Alami perlindungan dengan tujuan. Clario, diperbuat daripada plastik kitar semula yang tahan lama dapat memberikan pertahanan yang andal terhadap hentakan dan calar setiap hari sekali gus mengekalkan warna dan kejelasannya dari semasa ke semasa. Direka demi prestasi dan kemampanan, ia menawarkan perlindungan yang berpanjangan dengan jejak yang lebih ringan.

Clario iPhone 17 Case

Dibina bagi tujuan pengembaraan, Combat Active menggabungkan ciri ketahanan lasak dengan gaya moden. Dengan perlindungan tiga lapisan, diuji jatuh hingga ketinggian 13 kaki, dapat memastikan peranti anda selamat dengan kekuatan gred tentera. Dengan cengkaman bertekstur dan lanyard memantul, ia dibuat untuk keselesaan, keserbabolehan dan kehidupan yang sentiasa sibuk.

Combat Active iPhone 17 Case

Digabung jalin dengan gentian aramid tulen, Keva memberikan perlindungan yang ringan namun kuat terhadap hantukan yang paling kuat dalam kehidupan. Dengan butang haptik sentuhan dan reka bentuk yang diperhalusi, ia ringan ibarat bulu pelepah, kuat umpama keluli—dibina buat mereka yang menuntut kebingkasan dan juga gaya.

“Pengguna pada hari ini mengharapkan lebih daripada penyelesaian generik. Penekanan ketika ini diberikan pada ciri-ciri inovatif yang memperkasakan pengguna Apple untuk mengekspresikan gaya mereka dan meningkatkan pengalaman harian mereka,” kata Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan UNIQ, Andy Wong.

Keva iPhone 17 Case

Melengkapkan pengalaman iPhone 17, UNIQ turut memperkenalkan Skrin Optix dan Pelindung Kanta, perlindungan yang terasa tidak kelihatan, liputan yang cukup lengkap.

Bermula daripada perjalanan ulang-alik harian hinggalah percutian hujung minggu, Optix memastikan iPhone 17 anda selamat dengan liputan pinggir-ke-pinggir. Benar-benar jelas dan responsif terhadap sentuhan, ia dapat memberi perlindungan daripada calar dan hentakan sekali gus mengekalkan kejelasan skrin dan juga kamera. Bermula daripada pilihan kami yang paling boleh dicapai hinggalah pilihan tahap tertinggi, Optix ada untuk setiap pengguna iPhone.

UNIQ iPhone 17 Series  kini boleh didapati di www.uniqbetterbydesign.com. Ikuti @uniqbetterbydesign di Instagram untuk perkembangan mutakhir dan inspirasi produk.

Optix iPhone 17 Screen and Lens Protector

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp