Tiong King Sing diharap dapat rancakkan usaha perkasakan kembali industri pelancongan negara

35

PUTRAJAYA. 3 Disember 2022 – Pelantikan Dato Sri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan dipercayai dapat merealisasikan segala perancangan yang telah digariskan dalam memperkasakan keseluruhan rantaian sektor pelancongan untuk tahun-tahun kehadapan akan dapat dicapai.

Kata Kementerian Pelancongan dalam satu kenyataan yang diedarkan hari, Tiong King Sing yang sebelum ini pernah dilantik sebagai Duta Khas bertaraf Menteri kepada Perdana Menteri ke China pada tahun 2020 diharap dapat bersama dalam merancakkan usaha ke arah memperkasakan kembali industri pelancongan negara pasca pandemik Covid-19.

\”Pihak kementerian yakin pemilihan dan pelantikan YB Dato Sri Tiong King Sing ini akan memperkukuhkan lagi barisan kepimpinan dan pasukan kerja kementerian.

Bersandarkan sokongan para pemegang taruh serta pemain industri, pihak kementerian akan terus komited bagi membangunkan sektor ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals).\” kata Kementerian Pelancongan.

Lagi Berita AM :

\"\" AMMY LNA

Tiong King Sing diharap dapat rancakkan usaha perkasakan kembali industri pelancongan negara

By Azmi SallehDecember 3, 2022 \"\" AMMY LNAParlimenPolitik

4 Senator Angkat Sumpah Jawatan Ahli Dewan Negara

By NazrulazuadDecember 3, 2022 \"\" AMMY LNA

Video tular perhimpunan 8 Disember adalah video lama

By Azmi SallehDecember 3, 2022

Azrul Azmi Rizal

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp