KUCHING, 16 Jan – Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni turun padang dalam siri lawatan kerjanya bagi melihat keadaan klinik-klinik kesihatan seluruh Sarawak dan menilai keperluan serta memastikan permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia bertujuan mendapatkan peruntukan khusus bagi penambahbaikan klinik-klinik kesihatan merangkumi kategori daif atau klinik yang berfungsi tetapi memerlukan asetaset bagi memudahkan proses rawatan kepada pesakit.
“Kami telah menerima kertas kerja daripada pihak kesihatan negeri berkaitan perkhidmatan talian internet berasaskan satelit untuk disediakan di klinik-klinik kesihatan kawasan luar bandar bagi menyediakan perkhidmatan visual ataupun melalui televideo untuk membuat diagnostik kesihatan.
“Kertas kerja tersebut turut dibentangkan kepada Menteri sebentar tadi dan pihak kami akan mengadakan perbincangan antara kementerian terutamanya Kementerian Komunikasi Digital (KKD) untuk mendapatkan satu perkhidmatan yang dapat disediakan bagi membantu pihak KKM menyediakan perkhidmatan ini di klinik-klinik kesihatan,” ujarnya semasa lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Bako pagi semalam.
KKM juga akan menyelesaikan beberapa keperluan-keperluan asas terutama sekali kerosakan kecil dan berharap agar pembentangan bajet oleh Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan dapat memberikan tumpuan khusus kepada klinik-klinik di seluruh Malaysia.
- Huawei Lancar Penyelesaian Perkhidmatan Awam Pintar Global untuk Mempercepat Transformasi Pintar Perkhidmatan Awam dan Tadbir Urus Bandar
- Mahasiswa UM selami tradisi suku Mah Meri di Pulau Carey
- Zakat, wakaf dan infaq kampus membina jiwa mahasiswa
- CUCKOO MALAYSIA DILANTIK SEBAGAI RAKAN STRATEGIK TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2026, MEMPERKENALKAN MASKOT PERTAMA ‘HEPI’ DALAM USAHA HOLISTIK KE ARAH MENINGKATKAN KESIHATAN DAN KEBAHAGIAAN
- Gerhana singkap kesempurnaan, keagungan ciptaan Allah
