TIMBALAN KPN MENJADI PANEL FORUM PERDANA EHWAL ISLAM ANJURAN MKN PERAK

40

BATU GAJAH, 12 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, telah hadir sebagai panel jemputan dalam Forum Perdana Ehwal Islam yang dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak di Masjid Toh Puan Besar Hatijah di sini, malam tadi.

Kredit Foto: PDRM

Forum bertajuk “Menelusuri Peristiwa Hijrah: Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” turut menyertakan Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barokah, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias sebagai panel, dengan DA’I Ahmed Ibrahim sebagai moderator.

Perbincangan menumpukan pada cabaran kompleks keselamatan negara, termasuk ancaman merentas sempadan, serta peranan masyarakat dalam memastikan keharmonian dan keselamatan.

Kehadiran turut dimeriahkan oleh Orang Besar Jajahan Kinta, Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Dato’ Ab Wahab Dato’ Seri Azizul Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik) MKN, CP Dato’ Hj. Baharuddin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Mohammad Azlin Hj. Sadari, serta wakil jabatan dan agensi kerajaan.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp