Tiger Research: Blok Rantai Masuk Era Kegemilangan – Lima Faktor Kejayaan untuk Perniagaan Blok Rantai

17

Menampilkan Avalanche sebagai Kajian Kes

SEOUL, Korea Selatan, 22 September 2025 /PRNewswire/ — Tiger Research, sebuah firma penyelidikan blok rantai yang berpangkalan di Seoul melaporkan bahawa industri blok rantai memasuki titik perubahan penentuan. Menerusi kelulusan ETF kripto, kerangka MiCA EU yang berkuat kuasa dan kelulusan rang undang-undang FIT21 A.S., asas kawal atur kini sudahpun kukuh. Tiger Research menggelar detik ini sebagai “era kegemilangan” bagi penerimaan perniagaan blok rantai. Volum transaksi stablecoin mencecah USD 27.6 trilion pada tahun 2024, mengatasi gabungan antara Visa dan Mastercard serta menyaksikan peralihan blok rantai daripada aliran spekulatif kepada infrastruktur kewangan yang praktikal.

Laporan ini mengenal pasti lima faktor kejayaan utama terhadap kejayaan perniagaan blok rantai: kemuktamadan transaksi, sumber, rujukan, sekuriti dan struktur kos. Kriteria ini membentuk asas kerangka penerimaan lima langkah Tiger Research: pengesahan kes perniagaan, penilaian kapasiti dalaman, pemilihan blok rantai, pelaksanaan dalam MVP berperingkat dan integrasi ke dalam ekosistem yang lebih luas.

Menurut Tiger Research, pemilihan blok rantai merupakan titik penentuan paling penting daripada langkah-langkah ini kerana ia menentukan infrastruktur yang menjadi pergantungan semua pelaksanaan berikutnya. Pembinaan blok rantai proprietari memerlukan pelaburan selama bertahun-tahun dan besar, maka kebanyakan perusahaan menerima pakai rangkaian sedia ada. Bagi menggambarkan bagaimana faktor-faktor kejayaan ini diaplikasikan, laporan ini menampilkan Avalanche sebagai kajian kes, mencatatkan lebih daripada 100 penggunaan institusi yang didokumentasikan di seluruh dunia.

Tiger Research memerhatikan bahawa seni bina Avalanche menunjukkan penjajaran dengan kelima-lima faktor kejayaan. Kemuktamadan dua saatnya menyokong penyelesaian hampir pada masa nyata, manakala pasukan sokongan globalnya yang terdiri daripada lebih 280 pakar — termasuk pakar kawal atur yang berpangkalan di Asia — memberikan bantuan berstruktur. Rantaian Lapisan 1 bebas membantu mengasingkan risiko dan mencegah kesesakan dan dalam masa yang sama mengekalkan saling kebolehkendalian. Fi boleh ramal dan perkhidmatan penggunaan tanpa kod AvaCloud merendahkan overhed pembangunan dan mempercepat tempoh ke pasaran.

Laporan ini mengaitkan penerimaan meluas Avalanche — merentas perusahaan, berkaitan kerajaan dan penggunaan pengguna — kepada pemenuhan komprehensifnya terhadap lima faktor kejayaan utama yang ditakrifkan dalam kajian ini. Ia memetik contoh-contoh dunia sebenar — termasuk perintis tokenisasi aset, program mata wang digital peringkat negeri dan ekosistem permainan berskala besar — menunjukkan bahawa faktor-faktor kejayaan ini merupakan sesuatu yang kritikal dalam sektor-sektor utama industri blok rantai.

Tiger Research menyimpulkan bahawa penumpuan kejelasan kawal atur, tuntutan perusahaan dan teknologi boleh skala mewakili persekitaran yang paling menggalakkan setakat ini untuk organisasi-organisasi yang menilai integrasi blok rantai.

Laporan penuh, Why Global Enterprises Choose Avalanche – The Blockchain Transformation Led by Avalanche (Mengapa Perusahaan Global Memilih Avalanche – Transformasi Blok Rantai Diterajui oleh Avalanche), boleh diakses di sini.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp