KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Mac 2026 /PRNewswire/ — Ketika rakyat Malaysia bersiap sedia menyambut Hari Raya, penemuan terbaharu Taobao Malaysia menunjukkan perubahan ketara dalam corak membeli-belah perayaan, dengan platform dalam talian semakin memainkan peranan penting dalam persediaan rumah dan melayan tetamu.
Menjelang sambutan Hari Raya, pencarian bagi barangan susun atur, hiasan rumah serta keperluan rumah terbuka di Taobao Malaysia meningkat sebanyak 70%. Ini mencerminkan usaha isi rumah memudahkan penyediaan hidangan, mengatur ruang bagi menyambut saudara-mara yang berkunjung serta mewujudkan suasana mesra untuk menerima tetamu. Momentum persediaan sambutan ini diteruskan di luar talian, dengan lebih 20,000 pengunjung mengunjungi Pesta Raya Taobao. Acara tiga hari di Pusat Beli-belah MyTOWN, Kuala Lumpur, yang dijalankan secara percubaan, jelas menunjukkan peningkatan kehadiran pelanggan di platform serta aplikasinya.
Menjelang musim perayaan, Taobao Malaysia mencatat perubahan corak pembelian barangan rumah, apabila pengguna semakin menggemari barangan rumah praktikal yang boleh digunakan setiap hari dan bukan sahaja semasa musim perayaan. Antara kategori paling diminati ialah bekas simpanan makanan, perkakasan dapur, peralatan pencahayaan dan perabot fleksibel. Ini sekali gus mencerminkan trend rumah yang serbaguna. Trend pembelian ini juga menunjukkan pemikiran pengguna yang menekankan barangan rumah praktikal bernilai jangka panjang, di mana kepelbagaian fungsi, ketahanan dan kegunaan harian lebih diutamakan daripada tarikan bermusim.
Cik Jess Lew, Country Head Taobao Malaysia, berkata pemerhatian tersebut memberi gambaran bagaimana rakyat Malaysia beralih ke platform e-dagang yang bukan sahaja lebih mudah, malah memberi inspirasi semasa menyediakan rumah mereka untuk sambutan perayaan.
Tambah beliau lagi, “Persiapan untuk perayaan biasanya melibatkan banyak perkara kecil namun ianya tetap penting. Bermula dari mengemas dapur untuk memasak sehinggalah menyediakan ruang yang selesa untuk tetamu yang datang bertandang semasa rumah terbuka. Apa yang dapat kita saksikan di Taobao ialah rakyat Malaysia yang aktif mencari penyelesaian praktikal, dan ini telah memudahkan dan menyeronokkan pengalaman membeli-belah. Apabila semakin ramai pembeli melayari platform dalam talian untuk membuat persediaan Hari Raya, ia membuktikan bahawa e-dagang kini menjadi sebahagian penting dalam sambutan perayaan.”
Pelancaran Pesta Raya Taobao menunjukkan evolusi perniagaan runcit ke arah pengalaman yang menggabungkan penemuan digital dan interaksi fizikal dengan lancar. Identiti Taobao dikenali sebagai platform yang menjual “everything and anything“, di mana acara ini menampilkan pilihan barangan yang pelbagai, dari keperluan rumah sehinggalah gaya hidup yang unik, justeru dilengkapi dengan pilihan yang sangat banyak. Melalui aktiviti berinteraktif dan kemudahan seperti pencarian imej dan bayaran melalui QR, pelanggan boleh menikmati cara mudah untuk membeli. Acara ini juga menggalakkan pengguna baru untuk memuat turun aplikasi. Ia membuktikan bahawa musim perayaan seperti Hari Raya bukan sahaja menjadi kemuncak membeli-belah, namun, ia juga merupakan satu peluang untuk melihat bagaimana rakyat Malaysia semakin mengintegrasikan e-dagang dalam kehidupan harian dalam sambutan tradisi.
Pada masa yang sama, kempen jualan Raya Taobao Malaysia dilanjutkan sehingga 20 Mac 2026, bagi memberi peluang kepada pembeli untuk meneroka barangan rumah yang dipilih khas dan mendapatkan inspirasi menghias rumah sempena Hari Raya.
