Tanah Runtuh : Menteri-menteri dinasihat tidak ganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat – Anwar

79

16 Disember 2022 – Perdana Menteri, Dato\’ Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkejut dengan insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm dekat jalan menghubungkan Batang Kali dengan Genting Highland.

\”Saya telah mendapat maklumat daripada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta Menteri Besar Selangor terkait misi mencari dan menyelamat.

Saya telah mengarahkan agar misi mencari dan menyelamat dijalankan secara rapi dan sistematik oleh semua jabatan kerajaan.

Saya juga dimaklumkan Menteri-Menteri terlibat akan turun ke lokasi pada pagi ini. Namun, saya menasihatkan mereka agar tidak mengganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat.\” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar turut menyatakan bahawa beliau akan turun ke lokasi malam ini.

Terdahulu media dimaklumkan bahawa Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad akan membuat lawatan ke tapak tanah runtuh tersebut pada jam 2 petang hari ini.

Lagi Berita Am :

\"\"

AMMY LNA

Tanah Runtuh : Jalan B66 ditutup – Menteri Kerja Raya

By Azmi SallehDecember 16, 2022

AMMY LNA

Tanah Runtuh : Menteri-menteri dinasihat tidak ganggu kerja-kerja mencari dan menyelamat – Anwar

By Azmi SallehDecember 16, 2022

\"\"

AMMY LNAPolitik

GRS bawa aspirasi rakyat Sabah – Armizan

By Azmi SallehDecember 16, 2022

Azrul Azmi Rizal

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp