Robot curi perhatian di Ekspo Data Raya

2

GUIYANG, China, 6 September 2025 /PRNewswire/ — Menurut Parti Komunis China Kawasan Baharu Guizhou Gui’an, robot keluaran tempatan menarik minat khalayak ramai di Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China di Guizhou yang berakhir pada hari Sabtu, dengan industri pengkomputeran yang semakin berkembang di wilayah ini bersedia untuk mempercepat pembangunannya dalam sektor robotik.

“Kami telahpun mencapai persepsi visual panoramik dan boleh mengelakkan halangan secara autonomi dalam persekitaran tiga dimensi hasil daripada usaha jangka panjang kami dalam bidang visual,” kata Guo Di, pengarah penyelidikan dan pembangunan (R&D) di VMR Technology Co.

Berpangkalan di Kawasan Baharu Gui’an — kini merupakan tempat berpengaruh bagi pengkomputeran negara — VMR memasarkan robot yang direka bagi tujuan pembuatan dan logistik serta memfokuskan pada visi mesin. Modul OmniHead yang baru dikeluarkan oleh syarikat ini, dipasangkan dengan penderiaan 3D, mencantumkan imej panoramik yang memberikan robot humanoid dengan maklumat yang diperlukan untuk operasi autonomi.

“Banyak syarikat menjual komponen robot, seperti sendi dan casis, namun hanya sedikit sahaja syarikat yang mengendalikan modul kepala. Kami sudahpun berbincang dengan beberapa rakan kongsi,” kata Guo.

VMR berpindah ke Gui’an pada akhir tahun lalu untuk memanfaatkan potensi kuasa pengkomputeran kawasan berkenaan. Pada 18 Ogos, firma ini memperkenalkan OmniHead, iaitu modul kepala humanoid dengan antara muka terbuka yang ekstensif yang boleh menggabungkan visual, suara dan aliran data yang lain. Ia boleh disesuaikan dengan beraneka jenis platform humanoid.

“Di peringkat global, industri robotik sedang maju ke arah kecerdasan terkandung. Kematangan sedemikian memerlukan sumber pengkomputeran yang luas untuk mengadakan latihan dan Gui’an mempunyai kapasiti tersebut,” kata Guo.

Tatkala industri data dan AI di Gui’an menjadi matang, semakin banyak pengilang berteknologi tinggi bertapak di sana. Setakat ini, zon berkenaan menarik 26 pusat data. Kluster pusat data Gui’an kini mencapai kapasiti pengkomputeran sebanyak lebih 90 EFLOP, dengan pengkomputeran pintar menyumbang sebanyak lebih 98 peratus daripada kapasiti berkenaan.

Satu EFLOP mewakili prestasi superkomputeran sebanyak 1 kuintilion operasi titik terapung sesaat.

Projek-projek daripada firma-firma teknologi termasuk Huawei, Apple, Tencent dan NetEase sedang berjalan. Pegawai-pegawai berkata mereka akan membina sebuah ekosistem data yang berpusatkan set data yang berkualiti tinggi, membangunkan model AI berskala industri, mempromosikan aplikasi dunia sebenar dan memacu pertumbuhan dalam pembuatan termaju.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp