Regata Lumba Dayung Terbuka Chengdu 2025 diadakan di Xinjin 

8

CHENGDU, China, 3 Oktober 2025 /PRNewswire/ — Regata Lumba Dayung Terbuka Chengdu 2025 telahpun diadakan mulai 1 hingga 2 Oktober di daerah Xinjin di Chengdu, wilayah Sichuan yang menarik minat 20 pasukan lumba dayung daripada universiti-universiti di dalam dan luar negara, di samping tujuh pasukan lumba dayung dari bandar- bandar di wilayah Chengdu-Chongqing.

Athletes compete in the 2025 Chengdu Open Rowing Regatta on the Nanhe River in Xinjin district of Chengdu, Sichuan province, on Oct 2.

Acara ini yang diadakan di bahagian Xinjin di Sungai Nanhe, terdiri daripada tiga perlumbaan: perlumbaan laluan lurus 800-meter lapan pendayung dengan juragan bagi kategori lelaki, perlumbaan laluan lurus 800-meter empat pendayung sculls (perahu dayung) bagi kategori lelaki dan perlumbaan laluan lurus 800-meter empat pendayung sculls bagi kategori wanita.

Perlumbaan lapan pendayung dengan juragan bagi kategori lelaki menarik minat 14 pasukan lumba dayung daripada universiti-universiti antarabangsa, termasuk University of Cambridge dan University of Oxford di United Kingdom, Brown University di Amerika Syarikat, University of Sydney dan University of Melbourne di Australia serta universiti-universiti tempatan termasuk Peking University dan Tsinghua University.

Pasukan-pasukan luar negara daripada Harvard University dan Princeton University di AS, berserta enam pasukan daripada universiti-universiti tempatan, termasuk Xi’an Jiaotong University dan Chengdu Sport University, bertanding dalam perlumbaan empat pendayung sculls bagi kategori wanita.

Tujuh pasukan lumba dayung dari bandar-bandar di wilayah Chengdu-Chongqing, termasuk Chengdu, Chongqing, Suining dan Meishan pula bertanding dalam perlumbaan empat pendayung sculls bagi kategori lelaki.

Pasukan lumba dayung daripada Brown University berjaya merangkul kejuaraan dalam acara perlumbaan lapan pendayung dengan juragan bagi kategori lelaki, manakala University of Sydney dan University of Otago di New Zealand masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Henry Hollingsworth, seorang anggota pasukan lumba dayung daripada Brown University, berkata beliau berasa gembira kerana pasukannya berjaya memenangi tempat pertama dalam sebuah acara antarabangsa yang begitu bertaraf tinggi dan menyatakan bahawa Sungai Nanhe ialah sungai yang sangat indah dan peluang bertanding di sana merupakan suatu pengalaman yang cukup hebat.

Beliau menambah bahawa penonton yang berada di tebing sungai begitu bersemangat dan sorakan mereka memberikan motivasi tambahan kepada pasukannya.

Princeton University mendapat tempat pertama dalam acara perlumbaan empat pendayung sculls bagi kategori wanita, diikuti oleh Harvard University dan Chengdu Sport University.

Pasukan lumba dayung dari Deyang, Sichuan memenangi acara perlumbaan empat pendayung sculls bagi kategori lelaki, manakala pasukan-pasukan dari Jianyang dan Meishan di Sichuan masing-masing menamatkan perlumbaan dengan tempat kedua dan ketiga.

Pihak penganjur berkata mereka akan terus menaik taraf acara ini dan mengundang lebih banyak pasukan bereputasi tertinggi baik dari China mahupun luar negara. Sementara itu, mereka akan memanfaatkan acara ini bagi mempromosikan integrasi yang mendalam antara sukan, budaya dan pelancongan, lalu menjadikan Xinjin sebagai sebuah “bandar lumba dayung” yang meriah.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp