NINGDE, China, 11 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Tanggal 10 Ogos, NING Service, jenama pascapasaran bebas di bawah CATL, meraikan ulang tahunnya yang pertama di samping ulang tahun ke-10 perniagaan selepas jualan CATL. Hari Jenama NING Service yang bertemakan “Now Action” (“Bertindak Sekarang”) telahpun dilancarkan secara rasmi, dengan pusat pengalaman unggulan di Shanghai dan kedai kendalian-langsung luar negara pertama di Bangkok, Thailand dibuka pada hari yang sama. Dengan memanfaatkan inovasinya yang berterusan dalam teknologi penyelenggaraan bateri, rangkaian perkhidmatan dan sistem bakat yang utama di peringkat global serta ekosistem kitaran hayat bateri penuh, NING Service mengatasi masalah utama yang dihadapi oleh pengguna kenderaan tenaga baharu, seterusnya memimpin pascapasaran kenderaan tenaga baharu menuju fasa baharu.

Sedekad Dedikasi: Membina Segi Tiga Teguh Standard-Bakat-Perkhidmatan
“Tatkala peralihan struktur tenaga global menjadi semakin pantas, industri tenaga baharu China memasuki titik perubahan kritikal untuk pembangunan berskala besar. Dalam industri NEV, sistem servis sedia ada bergelut untuk memenuhi tuntutan baharu seperti pengujian sistem bateri, pemacu elektrik dan elektronik kuasa, selain penilaian kesihatan bateri. Sebagai perintis dalam bidang perkhidmatan tenaga baharu, NING Service sentiasa menjadikan keperluan pelanggan sebagai keutamaan, dipacu oleh inovasi teknologi dan menyasarkan kerjasama yang saling menguntungkan bagi menggalakkan pembangunan yang berkualiti tinggi dalam pascapasaran tenaga baharu,” kata Li Wei, Presiden Jabatan Perniagaan Pascapasaran CATL.
Pada asalnya ditubuhkan pada tahun 2015 sebagai Jabatan Perniagaan Pascapasaran CATL, NING Service dinaik taraf secara rasmi kepada jenama bebas pada tahun 2024. Dengan memanfaatkan kepakaran utama CATL di peringkat global bagi teknologi bateri kuasa, NING Service menyediakan perkhidmatan rantaian komprehensif yang melibatkan pemeriksaan, penyelenggaraan dan kitar semula bateri melalui pusat pengalaman kendalian langsung, penyedia perkhidmatan yang dibenarkan dan rangkaian perkhidmatan global untuk perusahaan dan juga pengguna. Selepas berusaha selama sepuluh tahun, NING Service membina tapak kehadiran yang kukuh di 75 negara, mengendalikan lebih daripada 1,100 outlet servis dan mengurus 67 gudang alat ganti dengan keluasan keseluruhan melebihi 370,000 meter persegi.
Berdasarkan 24 standard industri pelbagai yang diterajui atau melibatkan pasukan selepas jualan CATL, serta disokong oleh sistem perkhidmatan dibangunkan sendiri yang meliputi kenderaan penumpang, kenderaan komersial, barisan produk storan tenaga dan 6 senario aplikasi utama, NING Service menunaikan janji bahawa “kerosakan am dibaiki dalam tempoh 8 jam, kerosakan rumit dalam masa 72 jam”, seterusnya menduduki kedudukan teratas dengan teguh dalam industri ini. Di peringkat global, rangkaian perkhidmatan luar negara CATL telah mencapai respons 24-Jam bagi memastikan pengalaman perkhidmatan yang lancar untuk pelanggan global.
Di samping itu, NING Service berkolaborasi bersama rakan kongsi untuk mewujudkan pangkalan latihan pengesanan tenaga baharu dan pembaikan profesional di 18 wilayah serta kawasan perbandaran di China bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk golongan profesional mahir dalam pascapasaran tenaga baharu negara. Ia telah memupuk lebih 8,600 pakar industri, membina ekosistem bakat lengkap yang merangkum bekalan, pemupukan dan susun atur pengurusan bakat, serta terus-menerus menyuntik bakat baharu ke dalam industri ini.
Memecah Halangan Teknikal: Menghapuskan Dilema Penyelenggaraan “Ganti-Sahaja, Tiada Pembaikan”
Walaupun insiden impak bawah yang melibatkan pek bateri dalam kenderaan tenaga baharu merupakan kejadian yang agak jarang berlaku, ia sering kali mengakibatkan kerosakan teruk yang memerlukan penggantian pek penuh- pembaikan yang menelan belanja yang besar. Di samping itu, proses pembaikan pihak ketiga menimbulkan risiko keselamatan, lalu menjadikannya sukar untuk menjamin keselamatan kenderaan dan pengguna. Bagi menangani isu ini, NING Service melancarkan perkhidmatan pembaikan CTP secara inovatif. Dengan menggunakan komponen peralatan asli CATL, perkhidmatan ini mematuhi standard teknikal dan keperluan kualiti CATL yang ketat dan dilengkapi dengan perlindungan waranti rasmi, demi memastikan pembaikan yang selamat dan andal. Perkhidmatan pembaikan adalah jauh lebih berpatutan berbanding penggantian pek penuh, menjimatkan kos pembaikan yang besar untuk pengguna dan memecahkan kebuntuan “ganti-sahaja, tiada pembaikan” dalam industri ini untuk bateri CTP.
Semasa proses pembaikan pek bateri, NING Service tekal mendukung protokol pengendalian terpiawai – menjalankan pembaikan dalam persekitaran profesional dan bebas habuk dengan suhu dan kelembapan malar sekali gus mengikuti prosedur pemeriksaan dan pembaikan yang teliti oleh pengilang peralatan asli. Sistem yang ketat ini memastikan dengan tepat keandalan pembaikan peringkat sel, menghapuskan risiko kerosakan sekunder dengan berkesan yang disebabkan oleh pengendalian yang tidak betul atau alat ganti subpiawai, seterusnya benar-benar melindungi prestasi dan keselamatan bateri.
Selain itu, bagi meningkatkan lagi profesionalisme perkhidmatan dan keselamatan, NING Service membangunkan sendiri peranti ujian tak memusnah. Peranti ini dapat melengkapkan pengesanan kerosakan dalam masa 15 minit sahaja, lantas mencapai kadar ketepatan lebih 90%. Dengan menggunakan teknologi gelombang terpandu ultrasonik, peranti ini mengupayakan pengesanan kerosakan dalaman yang tepat tanpa perlu memisahkan pek bateri, mengelakkan kerosakan sekunder dengan berkesan yang mungkin disebabkan oleh nyahpasang dan pemeriksaan. Ini bukan sahaja menjamin keselamatan dan lanjut usia bateri bahkan turut menjimatkan masa dan kos pembaikan untuk pengguna. Peranti ujian tak memusnah dijangka akan dilancarkan secara rasmi menjelang akhir tahun ini.
Dengan memanfaatkan kelebihan tigaan daripada teknologi OEM, jaminan alat ganti tulen dan pensijilan berwibawa, NING Service berjaya mengatasi cabaran seluruh industri iaitu “pembaikan pek bateri yang sukar dan mahal”, seterusnya menyediakan pelanggan dengan penyelesaian profesional yang andal dan juga berkesan kos.
Ekosistem Gelung-Tertutup: Pengurusan Komprehensif Merentas Kitaran Hayat Penuh Bateri
NING Service komited untuk menyediakan kepada pengguna tenaga baharu dengan perkhidmatan yang mencakupi seluruh kitaran hayat bateri – “bermula daripada pengeluaran dan penggunaan hinggalah kitar semula dan pembangunan semula”. Dengan mengintegrasikan sistem penilaian kesihatan bateri profesional yang terdiri daripada 45 analisis dalam talian dan 28 pemeriksaan luar talian, NING Service membawakan pengujian dan penyelenggaraan bateri berwibawa bagi membantu pengguna mengenal pasti potensi risiko dengan segera, melanjutkan jangka hayat bateri dan sekali gus meningkatkan ketelusan dan nilai sisa dalam pasaran kenderaan terpakai. Dalam masa yang sama, dengan memanfaatkan rantaian bekalan lingkaran Brunp Recycling yang utama di peringkat global, iaitu subsidiari CATL, NING Service mewujudkan rangkaian “72-Hour Express Recycling” bagi mencapai tiga kali ganda kadar liputan serantau pada platform pihak ketiga. Dengan mewujudkan rantaian bekalan kitar semula hijau yang cekap, NING Service memenuhi komitmennya dengan aktif terhadap pembangunan mampan.
Pada masa akan datang, pengguna akan berupaya menyelesaikan dengan mudah kitar semula bateri yang tidak dapat digunakan lagi melalui platform NING Service. Bateri pulih akan menjalani pemeriksaan dan pengelasan yang ketat, diikuti dengan pemprosesan tersuai berdasarkan keadaan dan prestasinya – sama ada dibaiki dan dikilangkan semula, digunakan secara melata atau dipecahkan untuk bahan mentah boleh guna semula. Melalui model ini, NING Service bukan sahaja menyediakan saluran kitar semula yang mudah kepada pengguna bahkan turut memaksimumkan lanjutan kitaran hayat bateri dan meminimumkan sisa sumber.
Tambahan pula, dengan berpegang teguh kepada falsafah “penciptaan bersama”, NING Service berkolaborasi dengan rakan kongsi industri yang berkualiti tinggi untuk berkembang ke dalam bidang-bidang perniagaan terpelbagai seperti operasi kapal elektrik dan ekonomi altitud rendah. Pendekatan kolaboratif ini meluaskan sempadan tawaran perkhidmatan dan mencipta peluang pertumbuhan yang baharu. Melalui model perkongsian terbuka, NING Service bukan sahaja memacu pertumbuhan perniagaannya yang mampan malah turut menyuntik kevitalan baharu ke dalam industri tenaga baharu yang lebih luas.
Sebagai langkah strategik yang utama oleh CATL dalam sektor perkhidmatan pascapasaran, NING Service bukan sahaja memberikan sokongan teknikal yang unggul kepada pemilik kenderaan tetapi juga menetapkan penanda aras baharu untuk industri tenaga baharu melalui pendekatan ekosistem gelung tertutup. Ketika ini, pusat pengalaman unggulan NING Service ditubuhkan di tujuh bandar domestik China, termasuk Wuhan dan Guangzhou. Kedai di Bangkok, Thailand, menjangkau keluasan melebihi 2000 meter persegi dan mengintegrasikan standard perkhidmatan global CATL, menjadi lokasi luar negara pertamanya dan berfungsi sebagai langkah yang amat penting untuk penggunaan teknologi dan koordinasi perkhidmatan global CATL. Memandang ke hadapan, NING Service akan terus memacu inovasi bagi teknologi penyelenggaraan, model perkhidmatan dan pengembangan rangkaian, seterusnya menyuntik momentum baharu ke dalam pembangunan pascapasaran kenderaan tenaga baharu yang sihat, stabil dan teratur.


