JAKARTA, Indonesia, 25 Julai 2025 /PRNewswire/ — Pameran berprestij dalam sektor gaya hidup, Ekspo Hadiah dan Barang Rumah Antarabangsa Indonesia dijadualkan kembali pada 6–8 Ogos 2025 di JIExpo. Sebagai sebuah platform sehenti, IGHE komited untuk menjadi pentas ulung yang menghimpunkan beribu-ribu pengusaha perniagaan dan ahli profesional industri dari Indonesia dan juga luar negara.

IGHE mempamerkan beraneka jenis hiasan rumah, peralatan dapur, kelengkapan menjamu selera dan parti, tekstil rumah serta produk gaya hidup yang terkini. Ia berperanan sebagai hab inovasi yang mempersembahkan reka bentuk dan teknologi terkini.
IGHE 2025 akan menjadi lebih rancak dengan penyertaan 500 jenama terkenal daripada pasaran domestik dan juga antarabangsa. Antara peserta pameran yang diketengahkan di IGHE 2025 ialah ROBAM, D.KADI, X&W, CHANGJIANG, HUABAOCHENG dan Homeco Living yang dijangka akan mempamerkan beraneka jenis produk inovatif dan premium. Kehadiran para pengusaha industri yang terkemuka memperkukuh kedudukan IGHE sebagai platform strategik untuk membina perkongsian perniagaan dan mengembangkan rangkaian baik di pasaran serantau mahupun pasaran global.
Pelancaran IHA – Persatuan Barang Rumah Indonesia menjadi sorotan
Sejajar dengan semangat transformasi industri, IGHE 2025 melakar detik yang bersejarah dengan pembentukan rasmi IHA – Persatuan Barang Rumah Indonesia. Inisiatif strategik ini bertujuan untuk menyatukan, memperkasakan dan memperkukuh ekosistem industri barang rumah di seluruh Indonesia.
IHA dijangka akan berperanan sebagai hab pusat untuk kolaborasi rentas industri dan daya penggerak untuk meningkatkan daya saing global daripada sektor barang rumah Indonesia. Perasmian IHA akan berlangsung di IGHE 2025 pada 6 Ogos. Upacara ini akan dihadiri oleh lembaga pengasas dan ahli-ahli bagi meraikan satu peristiwa yang penting dalam kemajuan industri negara ini menuju pentas antarabangsa.
Pelancaran IHA merupakan langkah yang bersejarah menuju ke hadapan untuk industri barang rumah Indonesia yang seterusnya membuka jalan bagi memperoleh pengiktirafan global yang lebih besar.
Seminar & Bengkel Diterajui oleh Pakar
Sebagai sebahagian daripada komitmennya yang teguh terhadap pembangunan industri, IGHE 2025 akan membawakan beberapa seminar dan bengkel eksklusif yang dianjurkan melalui kolaborasi bersama rakan kongsi termasuk HIPMI-Indonesian Young Entrepreneur Association, ITC Group, Blibli.com, Tiktok by Tokopedia dan sebagainya. Program-program ini akan menyediakan para peserta dengan pandangan mendalam, ilmu pengetahuan serta strategi bagi meningkatkan daya saing perniagaan.
IGHE 2025 dijangka akan mengalu-alukan lebih 15,000 pelawat dan peserta pameran dari seluruh dunia. Lebih daripada sekadar pameran produk, pameran ini menggalakkan sinergi industri dan pertumbuhan jangka panjang untuk industri ini.