PUTRAJAYA, 6 Julai 2025 – Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia telah menerima aduan berhubung pemalsuan dokumen bertajuk “Arrest Warrant” yang mendakwa dikeluarkan oleh pejabat ini.

Pihak pejabat dengan tegas mengesahkan bahawa dokumen tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa di bawah Pejabat Ketua Pendaftar.
Orang ramai diminta berwaspada dan tidak mempercayai dokumen seumpama ini.Untuk sebarang pertanyaan atau laporan, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Badan Kehakiman Malaysia melalui e-mel di komunikasikorporat@kehakiman.gov.my.
Pejabat Badan Kehakiman Malaysia menegaskan komitmennya untuk memastikan integriti dokumen rasmi dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap sebarang usaha pemalsuan.