Perangsang Baharu Pembuatan Pintar di Guizhou: Bagaimana Infrastruktur Digital Baharu Perkasa Penaiktarafan Industri?

17

GUIYANG, China, 18 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Laporan berita oleh Huanqiu.com:

Dahulunya membangunkan industri kimia tradisional dengan bergantung pada mineral serta sumber-sumber lain, Wilayah Guizhou memanfaatkan perangsang infrastruktur digital baharu yang berkuasa pada masa ini untuk menyuntik dorongan pembuatan pintar ke dalam produk-produk buatan Guizhou.

Data industri besar-besaran dikumpulkan dan diintegrasikan secara mendalam dalam rangkaian ekonomi digital yang digabung jalin dengan kuasa pengkomputeran serta algoritma, bermula daripada penghantaran rangkaian logistik pintar tepat yang dikendalikan oleh perusahaan kimia fosforus, hinggalah lonjakan kecekapan bagi barisan pengeluaran pintar yang dikendalikan oleh pengilang elektronik, serta pembangunan kluster industri kenderaan tenaga baharu agar dapat mempercepat transformasi dan penaiktarafan sektor pembuatan tradisional menjadi pembangunan termaju, pintar dan hijau.

Di pusat logistik Guizhou Phosphorus Chemical Group, sistem logistik pintar beroperasi dengan cekap menerusi ciri-ciri “saluran berganda dan pelabuhan ganda tiga”. Produk fosforus daripada kumpulan ini dieksport melalui pelabuhan Zhanjiang dan Fangchenggang melalui pengangkutan gabungan laut-rel; sementara itu, sulfur yang diimport dari Timur Tengah dihantar ke pasaran domestik China melalui saluran menghala ke selatan. Hasil daripada strategi penghantaran yang fleksibel daripada ketiga-tiga pelabuhan yang interaktif ini, kumpulan ini dapat mengoptimumkan pengagihan dan aliran kapasiti tampung dalam rangka kerja pengangkutan berbilang mod. Model “pertukaran fosforus-sulfur” yang cekap kos sedemikian dapat menjimatkan kos logistik setiap tahun sebanyak lebih daripada 40 juta yuan bagi bahagian pembuatan.

Pemerkasaan digital menjadi lebih bermakna. Kumpulan ini merancang untuk menaik taraf sistem logistiknya agar melalui pengumpulan data raya logistik dan pengintegrasian data empirik ke dalam model algoritma, pembuatan keputusan yang bijak akan dapat dicapai dari segi pemilihan vendor, penghantaran pintar dan pengurusan kapasiti tampung.

Amalan sedemikian melangkaui pengoptimuman rantaian bekalan, malah turut menunjukkan pembinaan semula corak operasi teras perusahaan kimia tradisional yang sistematik dengan menggunakan teknologi digital. Transformasi industri dipacu pendigitalan sedemikian turut berlaku dalam sektor pembuatan maklumat elektronik.

Di bengkel pengeluaran Guiyang Hisense Electronics Co., Ltd., barisan pengeluaran yang benar-benar berfungsi secara automatik berjalan dengan lancar dan terancang. Pengeluaran kesemua TV panel rata LCD besar 24″-85″ dilengkapkan dengan peralatan automatik dalam seluruh proses bermula daripada pemilihan bahan daripada gudang dan kitar semula bahan hinggalah pemasangan panel LCD dan panel belakang. Sebagai “otak” bagi kilang pintar, sistem kawalan terpusat mengumpul dan menganalisis data pengeluaran dan mewujudkan sistem pengurusan dan kebolehkesanan yang serba lengkap untuk maklumat produk.

Sejak mencapai transformasi pintar pada kadar yang lebih pantas dalam tahun 2016, Guiyang Hisense Electronics menjadi perusahaan kedua yang lulus penilaian dan pensijilan bagi Kematangan Pembuatan Pintar Gred-3 di Guizhou dan merealisasikan lonjakan kapasiti serta hasil pengeluaran dengan meningkatkan keluaran tahunannya daripada 1.9 juta unit kepada 3.32 juta unit manakala nilai keluaran tahunannya daripada 6.5 bilion yuan kepada 9.5 bilion yuan.

Transformasi pintar yang mendalam turut sama berjalan di pangkalan pembuatan Geely Auto di Guiyang. Di dalam bengkel pengeluaran, tempoh lebih satu minit sahaja diperlukan untuk memasang sebuah kereta baharu melalui pengendalian lengan robotik yang tepat dan perjalanan ulang-alik oleh robot logistik pintar. Sistem pengeluaran pintar sedemikian menyokong dengan berkesan pengeluaran besar-besaran model-model automotif yang terkenal dengan pantas. Pada tahun 2024, pangkalan ini berjaya menghantar lebih daripada 10,000 unit SUV elektrik tulen Galaxy E5 dalam tempoh 20 hari sejak pelancaran model berkenaan dan memperoleh jumlah volum jualan global sebanyak lebih 150,000 unit menjelang Julai 2025.

Pangkalan ini turut memperluas kapasiti pembuatan pintarnya kepada komponen teras. Tidak jauh dari bengkel pengeluaran ini, projek bateri ShenDun yang dibangunkan secara berasingan oleh Geely Auto mula beroperasi hanya selepas sepuluh bulan pembinaannya bermula. Sepanjang dekad yang lalu sejak Geely Auto bertapak di Guiyang, lebih daripada 40 perusahaan pembuatan alat ganti kereta telahpun ditubuhkan di bandar ini, dengan kadar penyetempatan mencapai sehingga 48% dan nilai keluaran terkumpul mencapai lebih 20 bilion yuan. Sebuah ekosistem yang lengkap telahpun dicipta bagi meliputi pembuatan kenderaan, pembuatan alat ganti kereta, mobiliti dan juga jualan.

Revolusi perindustrian bertunjangkan infrastruktur digital baharu yang dibina di Guizhou. Diketuai oleh Ascend AI Adaptation Center di Guizhou, lebih daripada 60 entiti telahpun membangunkan sebuah model inovasi kolaboratif iaitu “latihan di Guizhou, penalaran seluruh negara”, melaporkan kadar penyesuaian dan penerimaan sebanyak 100%. Di Guiyang Big Data Exchange, sejumlah 939 set data yang berkualiti tinggi menonjolkan nilainya dalam pelbagai bidang seperti rawatan perubatan dan pengeluaran industri. Pangkalan Pembangunan & Penggunaan & Pemprosesan Data Guizhou yang dirasmikan pada Mei 2025 menumpukan pada penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi anotasi automatik AI bagi meningkatkan ketepatan serta keberkesanan anotasi datanya.

Bermula daripada kilang pintar Hisense hinggalah logistik pintar Guizhou Phosphorus Chemical Group serta kepada ekologi pembuatan pintar Geely Auto, infrastruktur digital baharu bertindak sebagai “sistem saraf” yang menembusi “otot” dalam sektor pembuatan di Guizhou, menukarkan kuasa produktif yang lazim kepada kuasa produktif berkualiti baharu. Didorong oleh pergabungan data dan kuasa pengkomputeran di Guizhou, iaitu sebuah wilayah yang bergunung-ganang, perangsang pembuatan pintar yang baharu ini mendorong transformasi dan penaiktarafan industri di barat China pada laluan pembangunan yang baharu.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp