PENYELIDIK DAN PEREKACIPTA MALAYSIA CEMERLANG DAN MERAIH PELBAGAI KEJAYAAN DI INDONESIA INVENTORS DAY (IID2025)

22

14 SEPTEMBER 2025 – Jakarta, Indonesia. Penyelidik dan perekacipta daripada Malaysia yang mengambil bahagian dalam Indonesia Inventors Day (IID 2025) berjaya meraih pelbagai anugerah dan hadiah semasa Majlis Penyampaian Hadiah yang berlangsung di SMESCO Exhibition Hall, Jakarta Indonesia petang tadi.

Pertandingan yang berlangsung daripada 11 September hingga 14 September 2025 ini dianjurkan oleh Indonesia Innovation & Invention Promotion Association (INNOPA). Ianya merupakan salah satu platform terbesar di Indonesia yang memartabatkan inovasi dan rekacipta para pencipta dan penyelidik daripada seluruh dunia disamping mempamerkan idea-idea baru dan produk kepada para pengilang, pelabur, pengedar, firma pelesenan dan orang awam. Pada tahun ini, pihak penganjur telah berjaya menghimpunkan sebanyak 586 produk rekacipta dan inovasi daripada 21buah negara.

Ketua Penyelaras Malaysia daripada Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS), Hasfazilah Hassan berkata, pada kali ini perekacipta dan penyelidik daripada Malaysia Berjaya membawa pulang 6 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 2 Pingat Gangsa. Institusi yang mengambil bahagian terdiri daripada Forest Research Institute Malaysia (FRIM) bertajuk Seel30: An Active Ingredient With Anti-Cancer And Anti-Fatigue Potentials diiktiraf sebagai Most Commercially Viable Product Award.  Inovasi daripada Malaysia juga menerima hadiah khas daripada United Arab Emirates (UAE),Thailand, Korea, Turki dan Perancis. Penyertaan terdiri daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Politeknik Seberang Prai, Kolej Komuniti Langkawi, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Politeknik Ungku Omar. 

Presiden MARS, Dr Aswir Abd. Rashed mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua penyelidik yang telah mengambil bahagian di atas semangat dan komitmen yang telah diberikan. Semoga Malaysia menjadi sebuah negara yang berinovasi kerana inovasi bukan sahaja menjadikan kehidupan kita lebih selesa dan mudah, bahkan dapat menjimatkan banyak wang, masa dan tenaga.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp