PUTRAJAYA, 29 November 2022 – Penjawat awam diminta bekerja sama dengan kepimpinan kerajaan baharu bagi membawa perubahan agar negara kembali ke zaman kegemilangannya.
Perdana Menteri Dato\’ Seri Anwar Ibrahim berkata penjawat awam perlu membawa semangat islah iaitu perubahan ke arah kebaikan demi negara.
Anwar berkata demikian pada pertemuan pertamanya dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari ini selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke 10.
Kata Anwar reformasi adalah satu permulaan untuk negara yang memerlukan perubahan kerana negara pernah mencapai tahap tertentu tetapi malangnya telah merosot baik dari segi ekonomi, kestabilan atau disiplinnya.
“Kita tidak mungkin berjaya sekiranya tonggak perkhidmatan awam tidak sepenuhnya bersama saya,” katanya.
Katanya lagi, perkhidmatan awam adalah tonggak kepada negara dan ia tidak akan berubah meskipun kerajaan atau perdana menteri telah bertukar ganti.
“Pimpinan silih berganti namun penjawat awam kekal dengan maksud mereka mengangkat sistem dan peraturan negara dengan tegak dan hukumnya,” ujar Anwar.
Kredit Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Lagi Berita Am :
Penjawat awam diminta bekerjasama dengan kerajaan bagi kembalikan kegemilangan negara
By Azmi SallehNovember 29, 2022
AMMY LNAPolitik
Pembentukan Kabinet dalam masa terdekat, usul Undi Percaya akan diteruskan – Anwar
By Contributor LNANovember 28, 2022
AMMY LNAPolitik
Young Syefura sambut baik gagasan baharu kerajaan Pahang
By Contributor LNANovember 28, 2022