Pameran Canton Perluas Trade Bridge Perkasa Penyumberan Global Lancar

32

GUANGZHOU, China, 18 September 2025 /PRNewswire/ — Tatkala perdagangan global terus berkembang, China Foreign Trade Centre (CFTC), penganjur bagi Pameran Import dan Eksport China yang turut dikenali sebagai Pameran Canton melancarkan Trade Bridge, sebuah projek inovatif yang bertujuan untuk memupuk pemadanan yang lancar sepanjang tahun antara pembeli global dan pembekal Cina. Dibangunkan melalui perkongsian bersama rangkaian global Pameran Canton dan pemimpin industri, Trade Bridge direka untuk memenuhi keperluan penyumberan pada masa nyata melalui acara pemadanan bersasar.

Sejak permulaannya pada tahun 2021, Trade Bridge menjadi program andalan daripada usaha promosi perdagangan Pameran Canton yang berterusan. Ia menarik minat pembeli dari lebih 100 negara dan wilayah, selain memudahkan beribu-ribu rundingan perniagaan. Pada tahun 2024 sahaja, Trade Bridge menganjurkan lebih daripada 700 acara pemadanan, menghubungkan 1,300 pembeli dengan 3,400 pembekal serta menjana sebanyak lebih $1 bilion dalam pesanan terhasrat.

Peristiwa baru-baru ini memperlihatkan impak platform ini yang semakin meningkat. Pada bulan Jun, Trade Bridge membawa 16 pembeli antarabangsa dari A.S., Mexico, UAE, Maghribi dan Hong Kong SAR ke Bandar Pinghu, Zhejiang, sebuah hab baru muncul untuk bagasi dan mainan tunggang elektrik. Pembeli turut melawat lapan kilang tempatan serta mengadakan perbincangan yang mendalam bersama 50 pembekal, yang menjurus kepada tawaran terhasrat yang bernilai lebih daripada $28 juta.

Pada bulan Julai, Trade Bridge mengalihkan tumpuannya kepada Dongguan, sebuah pusat tumpuan perkilangan di selatan China. Lebih 20 pembeli yang terkemuka dari Denmark, Jerman, A.S., Jepun dan Australia berhubung dengan lebih 90 perusahaan berpangkalan di Dongguan dalam sektor-sektor termasuk mainan, perabot dan barangan elektronik. Pembeli yang mengambil bahagian termasuk peruncit peringkat atasan seperti NITORI Jepun dan F&H Group Denmark.

Zhang Sihong, Timbalan Ketua Pengarah CFTC, menyatakan bahawa acara ini direka untuk menyampaikan keperluan penyumberan yang konkrit terus kepada perusahaan dan mewujudkan laluan yang diperkemas untuk pemadanan bekalan-permintaan yang tepat. Beliau menekankan bahawa dengan menghapuskan halangan maklumat dan menghubungkan syarikat-syarikat secara lebih cekap dengan sumber global, inisiatif ini membuka peluang pertumbuhan baharu, melancarkan laluan untuk produk-produk Cina di luar negara dan menyuntik momentum bagi menstabilkan perdagangan asing.

Acara-acara ini merupakan sebahagian daripada strategi yang lebih luas bagi menjadikan Pameran Canton berkekalan untuk perdagangan global. Memandang ke hadapan, Pameran Canton akan terus meluaskan aktiviti-aktiviti Trade Bridge, meningkatkan platform digitalnya dan menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan bersasar kepada pembeli global serta pembekal Cina, seterusnya membantu produk-produk Cina yang berkualiti menjangkau dunia dengan kelajuan yang lebih pantas dan ketepatan yang lebih tinggi.


E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp