Midea Pamer Inovasi Transformatif untuk ‘Master Your Home’ di IFA 2025

14

BERLIN, 7 September 2025 /PRNewswire/ — Bertempat di IFA 2025, Midea memperkenalkan buat julung kalinya penyelesaian berpusatkan pelanggan di bawah tema “Kuasai Rumah Anda” (“Master Your Home”) untuk kediaman Eropah—keselesaan, tenaga dan ruang dengan prestasi yang unggul.

Sebagai Jenama Peralatan Rumah Pintar No.1, Midea juga dengan bangganya memperkenalkan penajaan lengan baju rakan kongsi utamanya yang akan datang bersama FC Barcelona.

Lima Suite, Satu Kediaman: Landskap Paduan Baharu

Koleksi SPACE MASTER Midea yang meminimumkan jejak dan dalam masa yang sama menyampaikan kefungsian yang luar biasa menetapkan penanda aras baharu untuk kecekapan ruang, manakala rangkaian XPRESS MASTER direkayasa untuk menebus kembali masa tanpa menjejaskan kualiti memasak.

Pameran ini disusuli dengan teknologi SMART MASTER dan ECOMASTER yang melaluinya AI mengautomasikan pengurusan tenaga dan melaraskan tetapan secara proaktif demi pengalaman optimum.

Terdiri daripada Essenza, Ispira dan Eleva Series, koleksi Midea Built-In Kitchen Suites mengimbangi keanggunan paduan antara reka bentuk Milan yang tak lapuk dek zaman dengan kefungsian pintar.

Sentuhan Senario: Meningkatkan Kelancaran Domestik

CHILL MASTER Refrigerator memudahkan penghidratan harian dengan dispenser OneTouch AutoFill, memberikan ais serta air secara bebas tangan dengan empat pilihan dan dalam masa yang sama mengekalkan penyimpanan yang fleksibel.

Sementara itu, Flow-In Hob 3.0 mengosongkan lebih banyak ruang kabinet sekali gus mengekalkan penampilan yang rapi. One Oven menggabungkan penggoreng kering, ketuhar gelombang mikro, pengukus dan ketuhar menjadi satu penyelesaian serba guna untuk semua keperluan masak-memasak. Titan Dishwasher boleh mencuci set penuh pinggan mangkuk, mangkuk dan kutleri dengan mudah dalam ruang dalaman 16 tempat yang luas.

Di luar dapur, Raynor Heater memberikan kehangatan yang berterusan dan walaupun pada suhu -40°C, ditempatkan dalam reka bentuk berinspirasikan Nordic memenangi anugerah yang mengimbangi prestasi dan keanggunan.

Bagi cucian, Heat Pump Washer-Dryer 28-Inci menggunakan teknologi pam haba yang canggih untuk mengeringkan pakaian dengan tenaga yang jauh lebih sedikit dan haba yang lebih lembut dan mesra fabrik.

Portfolio Berbilang-Jenama  

Menerajui portfolio Midea Group untuk kehidupan rumah mewah, jenama dapur mewah Jerman yang berusia seabad Küppersbusch mempamerkan reka bentuknya yang tersendiri dan ketukangannya yang amat mewah. TEKA yang dicipta di Eropah memperkenalkan peralatan dapur Van Gogh Series yang pertama di peringkat global, mengintegrasikan keanggunan Eropah dengan lancar ke dalam rumah moden.

Selain itu, COLMO dan Eureka kedua-duanya melancarkan siri unggulan baharu mereka ke pentas.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp