Kuala Lumpur, 5 Feb 2026 – Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam memperkenalkan Dana Bantuan NCSM-PDHS VALENS, satu inisiatif sokongan pesakit kanser, bersempena Hari Kanser Sedunia 2026. Dana ini ditubuhkan melalui kerjasama antara National Cancer Society Malaysia (NCSM) dan Pharm-D Health Science (PDHS).
Dana ini bertujuan untuk memperkukuh penjagaan kanser melalui peningkatan akses kepada sokongan produk pemakanan khusus, pendidikan, dan kesedaran.
Hari Kanser Sedunia disambut pada 4 Februari dengan tema “United by Unique”. Tema ini menekankan bahawa perjalanan kanser setiap pesakit berbeza. Di Malaysia, sambutan ini selari dengan usaha negara untuk memperkukuhkan pencegahan kanser, pengesanan awal, akses kepada rawatan serta sokongan pesakit yang mampan.
Dana NCSM–PDHS VALENS ini berteraskan tiga prinsip utama iaitu AKSESIBILITI, KELESTARIAN dan KETELUSAN, yang sejajar dengan tema Hari Kanser Sedunia “United by Unique”.
Dana ini memastikan pesakit kanser daripada golongan kurang berkemampuan mempunyai akses untuk memperolehi bekalan produk nutrisi khusus yang berperanan penting dalam membantu toleransi rawatan, pemulihan dan kualiti hidup1. Dengan menangani kekangan kewangan, Dana ini berusaha memastikan tiada pesakit yang dipinggirkan.
Pharm-D Health Science telah menyumbangkan 1,000 tin VALENS Onthera+, produk formulasi imunonutrisi di bawah inisiatif dana ini yang bernama “Onthera+ 1,000 Cans of Hope”. Sumbangan ini mencerminkan objektif Dana ini dicapai melalui pembekalan produk nutritsi khusus kepada pesakit kanser yang memerlukan.
Pharm-D Health Science juga akan menyumbang sebahagian daripada jualan produk nutrisi khusus VALENS kepada NCSM. Pendekatan berstruktur ini memastikan kesinambungan sokongan jangka panjang dan memperkukuh peranan pemakanan dan nutrisi khusus dalam penjagaan kanser.
Ketelusan ialah asas tadbir urus. Dana ini akan diuruskan dengan pengurusan dana yang berstruktur, pelaksanaan berperingkat, penjejakan penggunaan serta pemantauan impak bagi memastikan akauntabiliti dan hasil yang boleh diukur.
Selain daripada sokongan dinyatakan, dana ini juga akan menyokong inisiatif kesedaran dan pendidikan yang diterajui oleh NCSM bagi memperkasakan pesakit, penjaga dan komuniti dengan pengetahuan berkaitan pencegahan kanser, rawatan dan kelangsungan hidup.
Presiden National Cancer Society Malaysia, Dato’ Dr Saunthari Somasundaram, berkata inisiatif ini mencerminkan pendekatan penjagaan kanser yang holistik.
“Penjagaan kanser bukan sekadar rawatan perubatan, tetapi merangkumi sokongan menyeluruh yang berteraskan maruah, pengetahuan dan akses kepada sumber penting. Dana bantuan NCSM-PDHS VALENS turut mencerminkan kerjasama berteraskan nilai yang mengutamakan akses, kelestarian dan ketelusan, di samping memperkukuh pendidikan pesakit dan sokongan jangka panjang kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kumpulan Pharm-D Health Science, Wong Chin Cheang, berpendapat bahawa inisiatif tersebut mencerminkan tanggungjawab organisasi untuk menyokong keutamaan kesihatan negara.
“Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami percaya bahawa, selain berusaha membangunkan dan menyediakan produk kesihatan, kami juga perlu mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan kepada masyarakat. Dana ini, melalui sumbangan produk nutrisiti khusus, pendidikan dan model sokongan yang lestari, bertujuan untuk memberikan bantuan yang lebih berkesan kepada pesakit kanser dan keluarga mereka di Malaysia,” katanya.
Program Hari Kanser Sedunia 2026 yang dianjurkan oleh NCSM turut menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan di peringkat nasional dalam menyokong ekosistem penjagaan kanser yang lebih inklusif dan mampan.
Inisiatif seperti Dana Bantuan VALENS NCSM–PDHS merupakan satu langkah penting dalam meningkatkan akses kepada sokongan jangka panjang bagi pesakit kanser, di samping mengukuhkan peranan produk nutrisi khusus dan pendidikan sebagai komponen penting dalam penjagaan kanser yang menyeluruh di Malaysia.
Dana ini melambangkan semangat “United by Unique” dalam memperjuangkan penjagaan kanser yang diperibadikan, mampan dan inklusif di seluruh negara.
