Menangani kos sara hidup menjadi keutamaan Anwar

PUTRAJAYA, 25 November 2022 – Menangani kos sara hidup yang semakin meningkat merupakan keutamaan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri ke 10, Dato\’ Seri Anwar Ibrahim.

“Walau ada (petanda) positif umpamanya dengan kekuatan ringgit dan juga soal bursa saham yang menunjukkan keyakinan kepada pentadbiran kerajaan sekarang.

Saya rasa, keutamaan itu harus terhadap kos sara hidup iaitu harga barang yang mencengkam dan menekan kehidupan rakyat,” kata beliau pada sidang media pada hari pertamanya di Perdana Putra di sini hari ini.

Anwar turut bertemu dengan pegawai tertinggi kerajaan antaranya Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Dia turut memaklumkan bahawa satu pertemuan dengan agensi dan jabatan berkaitan akan diadakan selewat-lewatnya Isnin ini bagi membincangkan isu kos sara hidup termasuk harga barang.

Lagi berita Am :

\"\" AMMY LNA

Menangani kos sara hidup menjadi keutamaan Anwar

By Azmi SallehNovember 25, 2022 \"\" AMCOVID-19Kesihatan

COVID-19 : Jumlah kes sembuh sebanyak 3,226

By hebahan amNovember 25, 2022 \"\" AMMY LNA

Anwar imbas kad perakam waktu di Bangunan Putra Perdana

By Azmi SallehNovember 25, 2022

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp