BEIJING, 6 Ogos 2025 /PRNewswire/ — Stesen Wartawan Jalur dan Jalan Chongqing — Jelajah Terokai Chongqing yang diadakan di Chongqing, Barat Daya China dan dihadiri oleh para pemenang pertandingan foto serta ahli-ahli profesional media dari lima negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, melabuhkan tirai pada 30 Julai.

Chongqing dianugerahkan sebagai Stesen Wartawan Jalur dan Jalan semasa berlangsungnya Forum Wartawan Jalur dan Jalan 2024. Awal tahun ini, stesen Chongqing berkolaborasi bersama China Daily bagi menganjurkan sebuah acara berkongsi cerita yang berkaitan dengan BRI. Ia turut membawakan Peraduan Foto “Jejak Chongqing di Laluan Sutera” dan juga jelajah Terokai Chongqing.
Perwakilan ini melibatkan Kirsanava Sviatlana, timbalan ketua sidang pengarang Seven Days di bawah BelTA of Belarus; Khonnazarov Gayrat Ergashevich, pengarah jabatan berita antarabangsa Uzbekistan National News Agency; S.M.T. Imalka, wartawan khas Chongqing TV di Sri Lanka; Duisenova Sandugash, wartawan daripada ORDA, portal media di Kazakhstan; dan Goran Sivacki, editor foto daripada 24sedam, sebuah laman web berita Serbia.
Semasa lawatan mereka selama tiga hari, perwakilan ini meneroka tapak-tapak utama, termasuk Taman Hab Logistik Antarabangsa Chongqing di daerah Shapingba, Tapak Peringatan Pembedilan Chongqing, Tempat Pemandangan Shibati di daerah Yuzhong, Taman Botani Nanshan Chongqing, Xiahao Lane di daerah Nan’an dan Kilang Seres Super (Longxing) di Kawasan Baharu Liangjiang. Lawatan ini bertujuan untuk memberikan pandangan mengenai pencapaian moden Chongqing, memperkukuh kerjasama media dengan bandar ini dan berkongsi pengalaman berharga yang berkaitan dengan penyertaan dalam pembinaan BRI.
“Saya sudah beberapa kali melancong ke China dan sebelum ini saya banyak berkongsi tentang negara ini melalui akaun Instagram peribadi saya. Semasa lawatan pertama saya ke Chongqing kali ini, saya telah memperoleh banyak bahan dan saya benar-benar ingin berkongsi kisah bandar yang indah ini bersama peminat saya,” kata Duisenova Sandugash dari Kazakhstan.
Peraduan foto ini telahpun menerima sejumlah 351 penyertaan dari 12 negara, menurut pihak penganjur.
Chongqing, iaitu hab pengangkutan dan pusat ekonomi yang penting di barat daya China, telahpun menerima BRI sejak penubuhannya. Bandar mega ini, dengan populasi seramai 32 juta orang, mempunyai kelebihan geografi yang utama sebagai titik penghubung untuk BRI dan Jalur Ekonomi Sungai Yangtze.