Dirasmikan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong, seiring bersama pengasas Las Vegas Sands Dr Miriam Adelson, upacara pecah tanah menyaksikan satu detik penting untuk persekitaran pelancongan bernilai AS$8 bilion yang akan datang.
SINGAPURA, 15 Julai 2025 /PRNewswire/ — Las Vegas Sands (NYSE: LVS) menyaksikan satu pencapaian penting pada malam Selasa dengan pemecahan tanah untuk pusat peranginan ultra-mewah dan destinasi hiburan baharu bernilai AS$8 bilion di Singapura, lantas meluaskan jejak serantaunya dan memperkukuh komitmennya terhadap masa depan Republik ini.

Alami Siaran Berita Berbilang Saluran interaktif penuh di sini: https://www.multivu.com/marina_bay_sands/9344151-en-lasvegas-sands-new-ultra-luxury-development
Majlis ini diserikan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong; Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Perhubungan Perdagangan Grace Fu; dan pengasas Las Vegas Sands Dr Miriam Adelson, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Robert Goldstein serta Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Patrick Dumont.
Robert Goldstein, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Las Vegas Sands, berkata: “Sejak pembukaannya pada tahun 2010, pengasas kami Sheldon G. Adelson memulakan suatu perjalanan di Singapura bersama Marina Bay Sands dan warga Singapura yang menjanjikan perubahan wajah pelancongan di wilayah ini. Lima belas tahun kemudian, kami telah menunaikan janji tersebut dan lebih lagi. Marina Bay Sands merupakan pusat peranginan bersepadu yang paling berjaya di dunia dalam sejarah pelancongan dan merupakan piawaian emas bagi industri ini. Ia benar-benar menakjubkan untuk menyaksikan visi Encik Adelson menjadi kenyataan dan kami berbangga dapat meneruskan legasinya menerusi upacara pecah tanah pada hari ini. Kami berhasrat untuk menyampaikan produk yang akan menjadi kebanggaan industri hospitaliti dan memulakan era pelancongan mewah yang baharu di Singapura.”
Dengan pembinaan yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2030 dan anggaran pembukaan pada Januari 2031, tertakluk kepada kelulusan Kerajaan Singapura, pembangunan baharu ini bakal mentakrifkan semula standard industri dan menerobos sempadan dalam bidang pelancongan mewah, hospitaliti dan hiburan, seterusnya mengkurasikan pelbagai pengalaman terbaik dan paling eksklusif untuk para pengembara.
Projek perintis ini akan membawakan menara hotel mewah 570-suite yang dilingkapi dengan bumbungan khas dan pengalaman menjamu selera, butik runcit mewah, podium dan ‘sky gaming‘, kemudahan spa dan kesejahteraan holistik serta ruang mesyuarat premium berkeluasan kira-kira 200,000 kaki persegi. Sebuah arena dengan 15,000-tempat duduk yang dibina berlatarbelakangkan pemandangan Marina Bay yang menakjubkan akan turut meningkatkan tahap hiburan di Asia.
Pembangunan ini terbukti menjadi satu lagi pencapaian kejuruteraan yang luar biasa dengan perekaan, firma terkenal Safdie Architects, diketuai oleh Moshe Safdie—firma visionari di sebalik reka bentuk ikonik Marina Bay Sands.

Kawasan tepi air yang dibayangkan dengan pembangunan ultra-mewah Las Vegas Sands menampilkan sebuah menara hotel dengan 55 tingkat dan podium beserta arena yang mempunyai 15,000 tempat duduk terletak bersebelahan Marina Bay Sands yang sedia ada. (Gambar milik Safdie Architects)

Menara hotel baharu dan arena yang melambung tinggi di kaki langit (Gambar milik Safdie Architects)

Skyloop revolusioner yang menonjolkan rekaan sayap berkembar tersendiri dari perspektif udara (Gambar milik Safdie Architects)