16 Disember 2022 – Berhubung dengan insiden tanah runtuh di Batang Kali pada pagi tadi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail telah mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani, untuk menambah lagi pasukan mencari dan menyelamat dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasmi beliau, kejadian tersebut melibatkan tiga tapak perkhemahan.
\”Arahan keselamatan yang baru juga turut telah dikeluarkan kepada beberapa lagi tapak perkhemahan yang berhampiran agar tidak menerima pengunjung sehingga dimaklumkan kelak.
Fokus buat masa ini ditumpu kepada usaha menyelamat baki mangsa yang dikategorikan hilang.
Seramai 363 anggota penyelamat telah dikerahkan dalam operasi menyelamat ini dan saya telah mengarahkan IGP Tan Sri Acryl Sani, Ketua Polis Negara untuk menambah lagi pasukan mencari dan menyelamat dari PDRM.\” kata Saifuddin.
Beliau turut berdoa moga baki mangsa dapat dijumpai dalam keadaan selamat.
- RPTM 2026-2035 melampaui paradigma ‘kilang’ akademik
- FIM2026 TUMPU PERKASA EKOSISTEM DAN JADI PLATFORM PERTEMUAN FRANCAIS TERUNGGUL
- Menteri Besar Selangor Amirudin Shari Umum Ketetapan MKN Negeri Berhubung Isu Rumah Ibadat Tidak Sah
- 9 Kontena Mengandungi E-Waste dan Bahan Buangan Terjadual dari Amerika Syarikat Ditahan di Pelabuhan Klang
- Kerajaan Selangor Hentikan Sepenuhnya Penternakan Babi Ikut Titah Sultan Sharafuddin
