27 Disember 2022 – Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata beliau memandang serius isu yang dibangkitkan di media sosial serta soalan-soalan yang ditanya media berhubung pengambilalihan pengurusan Menara Kuala Lumpur (Menara KL) melalui pegangan saham penuh daripada pihak Telekom Malaysia (TM) melalui anak syarikatnya Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) kepada syarikat Hydroshoppe Sdn. Bhd.
Dalam kenyataan ringkas hari ini, Fahmi turut menyatakan bahawa beliau telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 14 Disember 2022.
\”Saya juga akan menerima satu taklimat menyeluruh berhubung perkara ini daripada pihak Telekom Malaysia (TM) pada 3 Januari 2023.
Saya difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.\” ujarnya.
Tambahnya KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini.
- Kesejahteraan emosi anak-anak dalam dunia digital
- H: Warga KL Penentu Masa Depan Ibu Kota, Bukan Bekas Exco Melaka – DAPSY
- Membela nasib mereka bukan sekadar melepas batuk di tangga
- Tiga saranan amalan sempena Nisfu Syaaban
- Tasamuh, dialog kunci keharmonian masyarakat beragama di Malaysia
