Kebergantungan negara kepada sumber luar perlu diatasi – MPPN

PUTRAJAYA, 28 November 2022 – Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid mengusulkan agar kebergantungan negara kepada sumber luar iaitu import terutama bahan makanan, perlu diatasi dalam jangka masa sederhana dan panjang.

Katanya dalam satu kenyataan hari ini, adalah sangat penting untuk Kerajaan memastikan perusahan domestik dikembangkan bagi menampung dan menstabilkan keperluan dalam negara.

\”Dengan yang demikian langkah mengutamakan pengeluaran dalam negara hendaklah diusahakan dengan mewujudkan insentif yang wajar kepada perusahaan tempatan.\” katanya.

Mohd Azmi juga berpendapat subsidi bersasar merupakan rasionalisasi dasar yang tepat akan tetapi sudah tentu ia harus dilaksanakan dengan mekanisne yang efisien.

\”Saya juga berpendapat tumpuan awal harus diberi kepada menentukan kaedah memastikan keperluan asas rakyat/ pengguna tidak terdedah kepada monopoli dan eskploitasi oleh perusahaan besar.\” katanya.

Terdahulu beliau mengalu-alukan langkah Perdana Menteri, Dato\’ Seri Anwar Ibrahim mengambil langkah segera menumpukan perhatian dan gerak kerja kepada isu kos sara hidup rakyat sebagai agenda pertama beliau dengan mengadakan mesyuarat dengan mengenepikan cuti hari Ahad.

Katanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah pasti merupakan agensi di hadapan dalam soal tersebut dan MPPN perlu berperanan membantu merealisasikan keprihatinan Perdana Menteri itu.

 

 

 

 

Lagi Berita Ekonomi :

\"\" AMEkonomiMY LNA

Kebergantungan negara kepada sumber luar perlu diatasi – MPPN

By Azmi SallehNovember 28, 2022 \"Sidang AMEkonomiMY LNA

Kos Sara Hidup Agenda Utama Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

By NazrulazuadNovember 27, 2022 \"\" EkonomiMY LNA

Hantec Financial membuka peluang perdagangan global untuk Pasaran Malaysia

By E NEWSNovember 22, 2022

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp