Kawasan Baharu Jiangbei Nanjing Membuat Pelawaan Global untuk Bakat

17

NANJING, China, 21 September 2025 /PRNewswire/ — Tanggal 20 September, pemenang Hadiah Nobel, ahli akademik, saintis muda serta ahli profesional bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang baru muncul dari serata dunia berkumpul di tebing Sungai Yangtze bertempat di Nanjing bagi meneroka cara mengintegrasikan inovasi saintifik dan industri. Semasa Sesi Nanjing dalam Forum Saintis Belia Dunia, Kawasan Baharu Jiangbei melancarkan secara rasmi 20 Measures for Youthful Development and Talent Aggregation in the New Area (20 Langkah untuk Pembangunan Belia dan Agregasi Bakat di Kawasan Baharu) (selepas ini dirujuk sebagai “Langkah-langkah”) yang membuat pelawaan global untuk menarik bakat.

Langkah-langkah ini mengemukakan sistem sokongan yang dihubungkan dengan lancar bagi tujuan penarikan dan pemupukan bakat, dengan peruntukan bersasar meliputi pelbagai kumpulan bakat dan keperluan pembangunan mereka: Saintis-saintis terkemuka yang mengetuai pembinaan kemudahan saintifik yang utama berhak mendapat sokongan gabungan sehingga RMB 100 juta; pakar-pakar peringkat atasan boleh memperoleh dana sehingga RMB 30 juta bagi memajukan industralisasi penemuan penyelidikan mereka. Platform-platform inovasi yang utama dibenarkan untuk mewujudkan jawatan unggul atau sambilan, dengan setiap projek yang menyokong jawatan berkenaan layak mendapat sokongan sehingga RMB 2 juta. Perusahaan-perusahaan yang merekrut bakat peringkat tinggi boleh menerima subsidi tahunan sehingga RMB 1 juta. Bagi bakat cemerlang (di dalam dan juga luar negara) yang mengambil bahagian dalam inisiatif “pelantikan bersama universiti-tempatan”, subsidi gaji lima tahun—bersamaan dengan 30% daripada gaji tahunan mereka—akan disediakan.

Bagi menyalurkan sumber dengan tepat kepada inovasi dan keusahawanan, Langkah-langkah ini turut memperkenalkan program pembuktian konsep “guna dahulu, bayar kemudian” yang memperuntukkan sehingga RMB 5 juta bagi setiap projek untuk pengesahan konsep dan kematangan inisiatif skala perintis. Projek-projek perbatasan disokong melalui skim “geran-tambah-ekuiti” yang menawarkan satu projek andalan dengan dana sehingga RMB 30 juta. Perusahaan-perusahaan yang diterajui bakat yang mendapat geran sains dan teknologi di peringkat wilayah atau ke atas menerima dana setara sehingga RMB 20 juta, manakala mereka yang dimasukkan ke dalam senarai pendek teknologi disruptif nasional memperoleh sehingga RMB 10 juta bagi setiap projek. Setiap tahun, dana peringkat daerah melabur sekurang-kurangnya dalam 150 projek, dengan setiap projek menerima purata tidak kurang daripada RMB 5 juta.

Di samping itu, dasar ini memperkenalkan langkah-langkah konkrit dan teguh untuk mengukuhkan perlindungan hak bakat, serta akses mereka kepada perumahan, rawatan perubatan dan pendidikan. Ini seterusnya dapat membina sebuah ekosistem inovasi dan keusahawanan yang lebih menarik, lalu membolehkan semua jenis bakat di Kawasan Baharu Jiangbei memberi tumpuan secara sepenuh hati ke atas inovasi dan perpaduan demi mengejar pembangunan.

E Berita E Berita

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

RSS
Follow by Email
WhatsApp